Nasional

Akaun media sosial Zahid Hamidi digodam

AKAUN media sosial milik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi digodam.

Menurut Ahmad Zahid menerusi hantaran di Twiter, akaun Telegram dan WhatsApp beliau telah digodam.

“Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan, sila abaikan,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata, sedang dalam proses untuk mendapatkan semula akaun yang telah digodam.

Catatan Ahmad Zahid turut dikongsi dengan menggunakan @PDRMsia @MCMC_RASMI. – SM


(Visited 122 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button