PolitikRencana

Akar umbi henti persepsi UMNO dibuli, membuli

Komentar

PERSEPSI terhadap parti dominan orang Melayu, UMNO yang dibuli dan membuli perlu dihentikan demi menjaga kepentingan hubungan parti kerajaan.

Hubungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dijaga supaya dapat memastikan kerajaan kukuh.

Supaya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, gabungan kedua-dua parti itu dapat terus menerajui kerajaan.

Justeru, persepsi membuli dan dibuli itu tidak wajar lagi dimainkan.

Walaupun kedua-dua parti itu pernah diuji seperti di Johor, Melaka, Kedah dan Perak, namun setiap situasi itu hujungnya terdapat rundingan antara BN dan PN.

Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk menuduh UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) saling bercakaran atau istilah lain membuli dan dibuli.

Peringkat akar umbi perlu jelas, kepentingan UMNO, Pas dan Bersatu untuk bergandingan menghadapi PRU ke 15 (PRU-15) nanti.

Kalau tidak sebelum raya, hujung Ogos, PRU-15 boleh diadakan untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Ini kerana, tidak akan ada satu parti pun dalam ketiga-tiga itu boleh bertanding solo dan menang membentuk kerajaan.

Masing-masing tidak cukup kuat dengan setiap parti mempunyai masalah tersendiri.

Kerajaan yang stabil perlu diwujudkan, namun kalau diperingkat akar umbi ada yang tidak beres, maka hasrat itu adalah sia-sia.

Bagaimanapun, gerakan pemimpin atasan setiap parti menyampaikan mesej dan pendirian kepada akar umbi mesti digerakkan.

Masalah tokoh-tokoh terutama dalam UMNO yang mengetahui pendirian parti juga banyak berdiam diri.

Semua pemimpin perlu menyuarakan dengan tegas mesej dan pendirian parti kepada akar umbi supaya mereka berasa yakin dengan hala tuju parti.

Pemimpin melihat dari sudut gambaran yang lebih besar, sedangkan akar umbi melihat dari bawah ke atas. Naratifnya adalah dendam UMNO dan Bersatu.

Kalau pemimpin berdiam diri, habislah akar umbi dalam parti pun becakaran, terus memainkan ‘lagu dendam’ antara UMNO dengan Bersatu. – SM

 

(Visited 806 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button