Pendidikan

Akademi Tentera AS Terima Kemasukan Pelajar MTD Dan UPNM

Empat pelajar Malaysia berjaya melanjutkan pengajian di tiga akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

Pelajar terbabit ialah Muhamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza dari Maktab Tentera Diraja yang akan melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Laut AS (USNA).

Manakala Zarif Mohd Zamrin dan Edlan Mikyad Ahmad Syamly dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera AS (USMA) West Point dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) .

Empat kadet terlibat melalui proses pemilihan yang ketat dan berjaya terpilih bagi mengisi 15 slot yang diperuntukkan untuk calon antarabangsa bagi setiap akademi.

Kesemua kadet tersebut diraikan dalam satu majlis penyampaian sijil pelantikan yang disempurnakan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill.

Hadir sama, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan.

(Visited 614 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button