Analisis

Presiden UMNO sedang memperbodohkan rakyat negara ini

1.  Tonton Video ini, Presiden UMNO kata, Ahli-Ahli UMNO digesa tolak pemikiran suka menyalahkan Presiden UMNO ataupun *Blame Game.*

Iaitu satu Budaya menyalahkan Presiden UMNO kepada kekalahan teruk UMNO pada Pilihanraya PRU ke 15 dan PRN 6 Negeri.

2.  Ahmad Zahid mempersoalkan kenapa ketika UMNO menang dengan 2/3 di PRN Melaka dan Johor, Presiden UMNO tidak dipuji dan tidak diminta berhenti ?

Kenapa double standard kata Ahmad Zahid ?

Ajeeee ke cerdik Presiden UMNO ini, memutar belitkan fakta dan naratif agar Ahli-Ahli UMNO bersimpati kepada beliau.

Biar saya terangkan satu persatu disini.

3.  Pertama, di PRN Melaka dan PRN Johor, UMNO menang 2/3 kerana ketika itu keadaan Negara berada didalam keadaan post (selepas serangan) Covid.

Pengundi-pengundi bukan Melayu tidak ramai yang keluar mengundi. Manakala, pengundi luar bandar juga tidak pulang untuk mengundi pengundi.

Malahan, pengundi Melayu juga kurang keluar kerana merasakan kedua-dua PRN Negeri ini kurang penting dan kedua-dua Negeri adalah kubu kuat parti UMNO.

Peratusan keluar mengundi berada pada paras 50% ke 55% sahaja. Dan ada kawasan keluar mengundi hanya pada paras 48% sahaja.

Yang keluar mengundi kebanyakkannya hanyalah pengundi-pengundi putih UMNO yang menyokong Calon-Calon Barisan Nasional dan diarahkan keluar oleh Jentera Pilihanraya UMNO.

4.  Kedua, pada PRU ke 15, Realiti Politik sudah berubah. Keadaan Negara sudah pulih dari Covid.

Peratusan keluar mengundi naik kepada 70% dikebanyakkan kawasan Parlimen dan DUN.

Pengundi luar pulang untuk mengundi. Pengundi dari luar negara juga pulang untuk mengundi, apabila sempadan negara dibuka semula.

Terutama sempadan Malaysia dengan Singapura sudah dibuka semula.

5.  Ketiga, ketika PRU ke 15, Ahmad Zahid telah memulakan naratif baru politik iaitu bukannya menguatkan parti tetapi melemahkan parti dengan menggugurkan nama-nama besar pemimpin UMNO yang dijangka akan menang dan terus menyumbangkan kerusi Parlimen kepada UMNO dan BN.

Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar, Dato Seri Shahidan Kassim, DS Dr. Adham Baba, Datuk Mastura (Kuala Kangsar), Datuk Salim (N.9) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang lain digugurkan dari Senarai Calon Parlimen.

Ini menyebabkan UMNO kalah teruk di Negeri Perlis, Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Di Negeri Johor pun UMNO hanya menang 7 kerusi Parlimen daripada 17 yang dipertandingkan.

Krisis Kepimpinan ini seolah-olah seperti sengaja dilakukan agar UMNO Lemah dan hanya menang 26 kerusi Parlimen.

Gerakan ini memberi Ruang kepada Kerajaan Perpaduan ditubuhkan antara BN dan PH, bagi memberi ruang kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri.

Dan sebagai balasan, Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

*GESAAN MEMINTA ZAHID BERUNDUR SEBAGAI PRESIDEN UMNO.*

6.  Oleh yang demikian, gesaan meminta Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden UMNO mempunyai Alasan dan Merit yang kukuh.

Zahid telah *GAGAL* mendapatkan sokongan orang-orang Melayu pada PRU ke 15 dan PRN.

Calon-calon UMNO mengharapkan sokongan daripada penyokong bukan Melayu dan PH untuk menang seperti Datuk Johan di DUN Dusun Tua di Semenyih, Selangor.

7.  Seperkara lagi yang menarik ialah, Zahid Hamidi telah menuduh Tan Sri Annuar Musa (Presiden MN) sebagai seorang yang *GILA TALAK* berhubung dengan ramalan terdapat pertukaran sokongan pengundi-pengundi Melayu Negeri Johor kepada Perikatan Nasional, pada Pilihanraya Kecil Parlimen Pulai dan Simpang Jeram ini.

Zahid kata, kenyataan Annuar Musa seolah-olah seorang yang Gila Talak diperingkat Optimum.

Zahid menyifatkan Annuar Musa sebagai musuh politik dan bukan lagi pemimpin UMNO.

Zahid juga kata, pengundi Negeri Johor berbeza dengan pengundi-pengundi pada PRN 6 Negeri. Pengundi Johor kelihatan akan menolak isi-isu sempit yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional.

Annuar Musa didalam kenyataan awal menyatakan bahawa Negeri Johor merupakan benteng terakhir UMNO Malaysia dan Pilihanraya Kecil ini akan menjadi ujian kepada kekuatan UMNO.

Annuar Musa juga kata, tidak mustahil Orang Melayu Johor akan mengundi dengan bijaksana dengan menyokong Calon PN, bagi menghantar isyarat kepada Pemimpin UMNO dari Luar Johor bahawa mereka kini merupakan liabiliti kepada UMNO.

*RAMALAN AWAL PILIHANRAYA KECIL PULAI.*

8.  Ramalan awal dari kaji selidik yang dilakukan, Pakatan Harapan mempunyai peluang amat cerah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pulai berdasarkan beberapa faktor iaitu ;

(i).  Jumlah peratus pengundi Cina dan India di Parlimen Pulai adalah hampir 55% peratus. Manakala, pengundi Melayu hanyalah berada pada paras 45% peratus sahaja.

(ii).  Pengundi-pengundi Cina ini kebanyakkannya bekerja di Singapura dan mereka merupakan pengundi tegar Pakatan Harapan.

(iii).  Pengundi-pengundi Melayu pula dilihat berpecah dua, sebahagian besar menyokong Perikatan Nasional. Manakala, ada pengundi-pengundi UMNO, akan diarah untuk mengundi Calon parti AMANAH dari PH.

(iv).  Apa pun, segala-galanya ditentukan dengan jumlah Peratusan Keluar Mengundi pada hari tersebut.

8.  Manakala di DUN Simpang Jeram, Perikatan Nasional dilihat berada dihadapan dan berkeyakinan akan menang disini.

Oleh yang demikian, saranan serta kenyataan dari Tan Sri Annuar Musa adalah tepat dan tidak dilihat sebagai Seorang yang *GILA TALAK.*

Jelas kelihatan ada sedikit *MOVEMENT* (Gerakan) sokongan orang-orang Melayu Johor kepada Parti Perikatan Nasional didalam Piliharaya Kecil ini, walaupun masih terlalu awal untuk mendapatkan kepastian yang tepat.

Kemungkinan kata-kata Tan Sri Annuar Musa di FB ada sedikit sebanyak kebenarannya iaitu ;

*ORANG YANG PERASAAN ORANG LAIN GILA PADANYA,*

*WAL HAL, TAK SIAPA PUN INGIN PADANYA,*

*DI PANGGIL GILA BAYANG.*

Adakah ini bermakna, Zahid Hamidi seorang Pemimpin yang *GILA BAYANG ?*

Hanya masa yang akan dapat menentukan dengan keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

*SEKIAN.*

(Visited 1,455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button