Politik

PRU15: UMNO tak penah bincang Ahmad Zahid sebagai calon PM

UMNO tidak pernah membincangkan untuk meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri (PM) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini telah memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘Poster Boy’ dan calon PM ke-10 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.

“Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah poster boy dan calon PM selepas PRU15.

Saya sebagai Naib Presiden parti mengatakan tidak pernah ada mesyuarat (bagi perbincangan Ahmad Zahid sebagai PM).”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Semenanjung Malaysia ke-2 di sini hari ini.

Mahdzir diminta mengulas kenyataan tular di media sosial bahawa Ahmad Zahid akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas PRU15 selain mendakwa perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat MKT UMNO pada 30 September ini.

Tegas Mahdzir, penularan berita berkenaan adalah perbuatan pihak yang cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO pihak tertentu dengan niat tidak baik. – SM

Artikel berkaitan > ‘Angin’ sokongan nampak kembali kepada BN

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button