Nasional

Penularan penyakit bawaan tikus, nyamuk selepas banjir

PAKAR kesihatan memberi amaran mengenai bahaya pendedahan dan penularan penyakit seperti leptospirosis (kencing tikus), denggi dan cirit-birit selepas bencana banjir.

Pakar Virologi, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, tikus yang kelaparan dan kesejukan akan mula keluar dan berada dekat dengan manusia akan menyebabkan penyakit kencing tikus menular dalam keadaan sempit dan ramai.

Tambahnya, mangsa banjir juga terdedah kepada penyakit yang berpunca daripada air seperti cirit-birit.

“Penyakit yang paling kita risaukan khususnya di kawasan seperti Shah Alam ialah wabak yang ditularkan oleh nyamuk iaitu denggi, chikungunya dan Japanese encephalitis (JE) yang kebiasaannya berlaku selepas dua minggu tamat banjir. Itu yang kita perlu beri perhatian,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkenaan perlu memberi perhatian kepada kemungkinan yang akan berlaku dan tidak terlepas pandang dengan penyakit bawaan tikus dan nyamuk.

“Saya risau apabila kita terlalu fokus dengan Covid-19, kita lupa bahawa kita ada penyakit yang betul- betul endemik seperti leptospirosis, denggi dan cirit-birit,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya lagi, untuk menangani masalah tersebut, beberapa perkara perlu diberikan perhatian termasuklah perlu memastikan pengurusan sampah dilakukan dengan cara betul dan baik.

“Bagi mengelakkan penyakit cirit-birit pula, mangsa banjir perlu minum air yang telah dimasak sepenuhnya dan jangan biarkan kanak-kanak bermain dalam air kotor. -SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button