Nasional

Selain Kurta, Pelajar Melayu Disaran Pakai Dhoti, Sari Dan Cheongsam Sambut Aidilfitri

Baru-baru ini tular rintihan ibu bapa yang geram dengan tindakan sekolah yang mewajibkan para pelajar Melayu beragama Islam hadir berpakaian baju Melayu ke sekolah bagi sambutan Aidilfitri.

Bagi mereka untuk pelajar Melayu lelaki khususnya, apa salah untuk memakai kurta bagi menyambut perayaan Aidilfitri biar pun kurta asalnya fesyen khas melambangkan masyarakat India.

Namun ketika ditanya beberapa rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum India dan Cina, masing-masing tegas kalau tibanya perayaan Deepavali atau Gong Xi Fa Cai, mereka tampil dengan pakaian tradisi.

Seorang pekerja kedai kasut, Ng Kai Wan berkata, biar pun dia membesar dengan rakan-rakan Melayu dan India, cheongsam adalah pilihan tetap jika tiba Gong Xi Fa Cai.

“Takkanlah saya nak pakai kebaya atau baju kurung walaupun kedua-dua pakaian itu adalah cantik dan merupakan pakaian rasmi negara.

“Gong Xi Fa Cai khas melambang perayaan masyarakat Cina dan inilah masa untuk kami tampilkan jati diri kami agar kami sendiri pun tidak lupa asal usul bangsa,” katanya.

Kai Wan berkata demikian mengulas reaksi ibu bapa pelajar Melayu yang berang sekolah mewajibkan pelajar Melayu Muslimnya memakai baju Melayu untuk sambutan Aidilfitri.

Ujar pengurus syarikat Maltibox Sdn. Bhd., Shamala a/p Thingaraj, masyakarat India akan memakai dhoti dan sari pada hari perayaan Deepavali walaupun mahal harganya.

Bagi Shamala, perayaan sebegitu datang setahun sekali dan masyarakat India berbangga dapat kekalkan pakaian tradisi dan jika masih ramai yang tidak percaya, pergi sahaja ke Brickfields.

“Di sana baik masyarakat tempatan mahu pun luar negara boleh lihat bagaimana pakaian tradisi masyarakat India kekal popular walaupun sekarang dikatakan zaman moden.

“Kerajaan juga tak perlu susah-susah untuk paksa kami pakai dhoti, sari dan sebagainya kerana kecintaan itu memang sudah ada dalam masyarakat kami,” katanya.

Pengkritik isu semasa, Mustaqim Al-Jabbar pula secara sinisnya menggalakkan pelajar Melayu lelaki memakai dhoti dan pelajar Melayu wanita memakai cheongsam.

“Dah kamu kata kurta itu sekadar pakaian dan tiada salahnya untuk memakai kurta bagi meraikan Aidilfitri, nak pakai baju macam Santa Claus pun saya setuju,” komennya.

Bagi Mustaqim, ada sebab kenapa bukan sahaja orang-orang lama malah banyak pihak cuba pelihara warisan ini yang perlahan-lahan dibunuh oleh bangsa sendiri yang tidak berfikir panjang.

“Kita orang Melayu tampillah dengan pakaian Melayu, tanam sikit jati diri bangsa, janganlah rosakkan jati diri anak-anak Melayu dengan pemikiran kolot kamu.

“Semua nak ambil mudah. Kalau begitu, baik kerajaan bincang dalam Parlimen, terbitkan dasar haramkan juga lemang dan ketupat pada Aidilfitri.

“Makan sahaja steak atau mee ramen.. sekadar makanan kan? Ada sebablah kita sedaya upaya pelihara warisan Melayu ini, hujung-hujung Melayu moden bangsat juga yang nak hancurkan imej Melayu,” bentaknya!

(Visited 1,740 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button