Hiburan

Akademi Quinton bantu perkembangan industri perfileman, kreatif negara

AKADEMI Quinton yang ditubuhkan oleh Kumpulan Quinton bertujuan memupuk bakat dalam industri kreatif. Kumpulan Quinton diasaskan oleh syarikat Lomo Pictures Sdn. Bhd., milik penerbit terkenal, Aron Koh dengan kerjasama “Penulis Skrip Jutaan” merangkap pengarah, Ryon Lee.

Selain memupuk bakat profesional tempatan dalam industri hiburan, lakonan dan penerbitan filem, akademi tersebut turut menyediakan drama bersiri tempatan.

Ini termasuk pelbagai rancangan, seni persembahan, media baharu dan semua rangkaian industri berkaitan media dansumber perkakasan dan perisian.

Mereka juga menubuhkan Pusat Seni Kreatif Skycac yang menawarkan pelbagai pilihan akademik kepada pelajar yang berminat dalam dunia perfileman dan industri seni persembahan.

Ia juga bagi bagi memupuk penerbitan filem dan persembahan seni yang cemerlang serta berbakat dalam membantu perkembangan industri pada masa hadapan.

Sementara itu, nama Aron Koh tidak asing lagi kerana beliau telah lama berkecimpung dalam industri perfileman Malaysia.

Kejayaan beliau dalam menghasilkan banyak filem tempatan yang berkualiti dan juga mengintegrasikan syarikat penerbitan filem tempatan dan luar negara.

Usaha Aron itu sekali gus membantu meningkatkan pasaran filem tempatan, Hong Kong dan Taiwan.

Bagi sang “Penulis Skrip Jutaan”, Ryon Lee pula, belau telah bekerjasama dengan Aron dalam beberapa filem.

Antaranya, “Show Me Your Love”, “Hounted Hotel”, “Walk With Me”, “House Of Happiness” dan “Smalltown Heroes” (sekadar menyebut beberapa judul filem).

Ryon berjaya melakar namanya dalam dunia perfileman menerusi reputasi dan kejayaan “box office” dalam industri Filem Malaysia.

Kali ini, kedua-dua mereka menjalin kerjasama dengan Quinton Group untuk menubuhkan Akademi Quinton sebagai tempat lahirnya bakat filem dan seni.

Demi menyediakan pelbagai bidang akademik pilihan kepada pelajar yang berminat dalam industri perfileman dan seni persembahan, diyakini para pelajar dapat mempelajari  teori dan amalan filem melalui kursus yang ditawarkan.

Di samping itu, para pelajar ini juga akan dibimbing dalam kerjaya perfileman yang sekali gus membawa industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Tenaga pengajar profesional dari dalam dan luar negara akan mengajar mereka. Yang berjaya menamatkan pembelajaran akan dianugerahkan Sijil Profesional Akademi Quinton.

Disediakan 10 sijil profesional baharu termasuk Sinematografi, Penghasilan Bunyi, Teater dan Lakonan, Teater Muzikal, Penulisan Kreatif, Pengarah Kandungan, Persembahan Muzik, Kareografi Stunt, Pengurusan Produksi, Penjenamaan KOL dan Siaran Langsung.

Kata Aron Koh, “sebagai penerbit berpengalaman di Malaysia, saya selalu fikir bahawa bakat adalah elemen terpenting dalam industri.

“Terdapat ramai bakat di Malaysia tetapi kekurangan peluang dan platform untuk mempamerkan kemahiran mereka.

“Oleh itu, tujuan utama kami membuka Akademi Quinton adalah untuk menemui lebih ramai bakat yang bersemangat dalam industri perfileman dan memberi mereka latihan dan bantuan untuk membantu meningkatkan industri terutamanya dalam Malaysia.”

Tambahan pula, kata Aron Koh, Akademi Quinton terdiri daripada ramai pensyarah profesional dan berkelayakan.

“Ketika ini akademi itu terdiri daripada pelbagai pengarah tempatan, penulis skrip, pelakon dan lebih ramai lagi profesional tempatan akan menyertai akademi ini,” katanya.

Ujar beliau, pada masa akan datang, mereka akan bekerjasama Kolej Universiti Lincoln, Akademi Broadway dan Akademi Filem New York.

“Kita juga akan menjemput pelbagai bakat profesional dan profesor dari Itali, Australia dan lain-lain negara sebagai pensyarah untuk bekerjasama dan memenuhi visi akademi dalam memupuk lebih banyak lagi bakat dalam seni perfileman dan industri produksi,” jelas beliau.

Aron juga menekankan selain daripada pengajaran kursus profesional tradisional, akademi juga menyediakan media baharu dan pengajaran yang melibatkan pengaruh untuk menggalakkan kepelbagaian kemahiran seni perfileman dalam kalangan pelajar.

Katanya, Akademi Quinton juga akan menawarkan kursus Diploma dan Ijazah Lanjutan dalam masa depan terdekat.

Dalam masa yang sama,  Akademi Quinton turut menubuhkan Skycac (Pusat Seni Kreatif) sebagaipusat persembahan, penerbitan filem, platform filem dan budaya serta pelbagai guna pusat seni kreatif.

Ia akan menyediakan pelbagai persembahan secara bulanan termasuk persembahan muzik, rancangan broadway, koir dan sebagainya bagi menyerlahkan bakat tempatan melalui persembahan seni.

Penubuhan pusat seni itu bukan sahaja untuk mencari bakat tempatan tetapi juga untuk membantu mereka mengejar impian serta menyokong dan mempromosikan kumpulan seni tempatan untuk bersinar di platform filem Antarabangsa. – SM

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button