Politik

Peralihan kuasa lancar kerana sistem beraja negara – Dr. Maza

SUARAMERDEKA: Peralihan kuasa kepada pembangkang yang kini menjadi kerajaan sejak sekian lama pada pilihan raya lalu berjalan lancar tanpa menumpahkan walau setitik darah kerana sistem beraja yang diamalkan oleh negara ini.

Datuk Dr. Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr. Maza berkata, sistem di negara ini tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada Perdana Menteri terutama yang membabitkan institusi diraja termasuk polis dan tentera memboleh keamanan terpelihara walaupun kerajaan berubah.

Raja juga, kata beliau, akan memutuskan dan melantik siapa yang layak untuk memegang jawatan tertinggi negara iaitu perdana menteri.

“Pihak pembangkang yang kini telah menjadi kerajaan juga perlu sedar dan berterima kasih kepada raja-raja yang memainkan peranan memelihara keamanan dan kestabilan negara,” katanya pada Seminar Diraja kali keenam (SiRaj VI) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau yang juga merupakan Mufti Perlis, bagi memastikan institusi itu terus dihormati masyarakat, raja-raja perlu menunjukkan perilaku dan adab yang diharapkan oleh rakyat sesuai dengan ketinggian makam yang diberikan rakyat ketika tampil di khalayak ramai.

Maza yakin majoriti rakyat yang kecewa dengan kerajaan dan ahli politik sama ada kerajaan atau pembangkang hari ini akan kembali mendambakan santunan daripada pihak raja.

Menurut beliau, jika mengikut kitaran pengaruh sebelum ini masyarakat tertarik dengan sekularisme kemudian kapitalis dan tidak mustahil mereka akan kembali kepada institusi raja.

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button