KemalanganNasional

Ajal warga emas kereta dipandu rempuh kenderaan di parkir

MALANG tidak berbau. Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta lain yang diletakkan di kawasan parkir tepi Jalan SS 3/39, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku semalam.

“Polis menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan kereta jenis Peugeot 208 dan Toyota Corolla pada kira-kira pukul 6.17 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada pukul 1.30 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berusia 65 tahun memandu kereta jenis Peugeot 208, melalui tempat kejadian sebelum hilang kawalan dan melanggar kereta Toyota Corolla Altis yang diletak di tepi jalan.

“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Fakhrudin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata, sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – HARIAN METRO – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button