MahkamahNasional

UKSB mengaku beri wang kepada UMNO Bahagian Rembau

SEORANG bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini syarikatnya turut memberikan wang kepada UMNO Bahagian Rembau di mana Khairy Jamaluddin adalah Timbalan Ketua UMNO bahagian terbabit.

Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berkata, sumbangan antara RM50,000 dan RM200,000 diberikan kepada UMNO bahagian itu tetapi tidak diberikan secara terus atau peribadi kepada Khairy yang merupakan menteri belia dan sukan pada masa itu.

Khairy yang masih merupakan Timbalan Ketua Bahagian itu kini adalah Menteri Kesihatan.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah dihadapi bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Wan Quoris berkata, sumbangan itu bukan diberikan secara bulanan dan beliau yang memutuskan pembayaran terbabit.

“Sumbangan turut dibuat ketika pilihan raya kecil, untuk bantuan bencana dan program kemanusiaan kerana beliau adalah pemimpin negara,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin.

Wan Quoris yang juga ahli UMNO berkata, wang itu diberikan kepada bahagian terbabit kerana Khairy adalah Ketua Pemuda UMNO ketika itu.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah diberitahu “KJ” dan “bomoh” antara perkataan yang ditemui dalam buku lejar milik UKSB yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan itu.

Bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Zahid, Ahmad Zaidi Zainal apabila lejar itu dirujuk kepadanya.

Lejar itu mengandungi butiran pembayaran oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.

Ditanya jika dia boleh mengesahkan parap “KJ” merujuk Khairy, Lee menjawab: “Itu saya tidak pasti.”

Katanya, Wan Quoris “sebenarnya sangat mengenali KJ”. – FMT – SM

 

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button