Kesihatan

Tingkat perkhidmatan kesejahteraan kesihatan menerusi Wellnes Hub

Bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru tampil memperkenalkan Wellness Hub.

Wellness Hub merupakan pusat hentian setempat yang pertama kali direalisasikan di HSA dan ia telah dirasmikan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), perkhidmatan yang ditawarkan Wellness Hub tertumpu kepada pembinaan kemahiran (skill oriented) melalui intervensi pembudayaan hidup sihat.

Selain bergerak dengan tawaran KKM, Wellness Hub turut bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti syarikat swasta, pemimpin, persatuan dan komuniti setempat.

“KKM telah menyediakan sebanyak 31 Wellness Hub yang sedang beroperasi sepenuhnya di bandar dan luar bandar seluruh Malaysia.

“Ia merupakan salah satu cara bagi merealisasikan hasrat KKM untuk mewujudkan rakyat Malaysia Madani yang peka dan prihatin terhadap kesihatan,” kata KKM.

Turut hadir dalam perasmian Wellness Hub tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon; Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh; Timbalan Ketua Setiausaha KKM (Kewangan), Datuk Zamzuri Abdul Aziz;Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button