Politik

Oh Tong Keong dilihat tidak bijak tangani isu UEC – Cooper Khoo

SEBAGAI pemimpin Perikatan Nasional (PN) sepatutnya memahami perjuangan kita dan dasar polisi Malaysia. Namun Sesetengah pemimpin kelihatan tersasar daripada hala tuju negara dan selalu bertentangan dengan arus perjuangan PN.

Isu pengiktirafan sijil UEC adalah begitu jelas dan muktamad sekali. Banyak faktor sememangnya tidak memihak kepada pengiktirafan sijil UEC.

PN mengabil arus pandangan yang sama dengan rakyat Malaysia iaitu mengiktirafkan kewujudan UEC di Malaysia sebagai salah satu pilihan pendidikan seperti instituiti pendidikan swasta yang lain. Ini juga disambut baik oleh lembaga UEC sendiri dimana mereka menikmati kebebasan dalam segala skop pembelajaran dan pengajaran tanpa campur tangan daripada kerajaan.

Pelajar UEC juga mempunyai hala tuju yang sendiri dan hasrat mereka adalah meneruskan pembelajaran di luar negera. Sebenarnya suara dalaman pelajar dan lembaga UEC menuntut pengiktirafan sijil mereka tidak sekuat berbanding pihak luaran yang selalu mempolitikkan isu ini khususnya Pakatan Harapan.

Namun Oh Tong Keong selaku Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak begitu bijaksana dalam memahami isu ini dan terikut-ikut irama politik PH lalu asyik memberi kritikan dan cadangan yang tidak bernas tanpa disokongi dengan fakta.

Dasar pendidikan kita hanya satu dan tidak mungkin berpecah dua. Sekiranya nak kebebasan dalam menentukan sistem pembelajaran diri sendiri dan pada masa yang sama ingin menuntut pengiktirafan sijil daripada kerajaan, jawapan adalah TIDAK mustahil.

Adakah Oh Tong Keong ingin sistem kita berpecah dua dan melalai sekolah yang dibawah dasar pendidikan kita yang termasuk SK, SJKC/T, SMK dan sebagainya.

Oh Tong Keong kena muhasabar dan janganlah menyalak di pokok yang salah. Jangan ingin menjadi hero di satu pihak tetapi akhirnya gagal di semua pihak.

Menunjuk kelemahan parti sendiri adalah lebih buruk daripada menunjuk kelemahan diri sendiri dalam arena politik ini.

Oh Tong Keong sebagai Timbalan Presiden juga merupakan ahli Majlis tertinggi PN harus selalu bermuafakat dengan rakan seperjanagn janganlah berjalan berseorangan dan jahil undang-undang yang sedia ada.

Kalau nak buat kenyataan syok sendiri ia boleh dilakukan di kedai kopi dan mana-mana sahaja tetapi bukan di Parlimen dan DUN.

Bila dalam mesyarkat macam diam-diam berisi rupa-rupanya di luar mesyurat bertindak tin kosong sahaja. Jika tidak akur dan setuju dengan hala tuju Perikatan Nasional, baik Oh Tong Keong letakan jawatannya dalam PN.

Cooper Khoo

Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Kepong

Artikel berkaitan > Dong Zong menuntut hak mereka meluluskan UEC

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button