Sukan

Esports diiktiraf sebagai sukan, NESDEG berfungsi sebagai panduan

Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) merupakan satu pelan perancangan yang cukup efektif bagi industri esports negara.

Bagi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, penyenaraian esports sebagai satu sukan merupakan pengiktirafan penting kerana ia memanfaatkan banyak pihak.

“NESDEG akan berfungsi sebagai panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri esports.

“Terdapat 6 teras utama di bawah NESDEG yang meliputi pelbagai skop yang penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan,” katanya.

Antara 6 teras utama di bawah NESDEG adalah seperti berikut:

1. Pengurusan Kontrak Pemain
2. Tadbir Urus Penganjuran Acara
3. Memantau dan Melindungi Kanak-Kanak
4. Tatakelakuan dan Etika|
5. Garis Panduan Laluan Kerjaya
6. Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button