Ekonomi

AirAsia X cadang struktur semula hutang, kurangkan 10 peratus pekerja

SEKUTU syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad iaitu AirAsia X Berhad (AAX) bercadang melaksanakan penstrukturan semula hutang berjumlah RM63.5 bilion.

Penstrukturan semula itu dicadang untuk dilaksanakan secara besar-besaran untuk menyusun semula jumlah hutang berkenaan dan lebihan daripada penyelesaian bernilai RM200 juta yang terhutang kepada pemiutang pada kedudukan yang sama.

Bagaimanapun AAX optimis penstrukturan semula hutang berkenaan tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal sahamnya, pegangan saham pemegang saham utama dan struktur kumpulan itu.

Namun 75 peratus pemiutang diperlukan untuk menyokong cadangan penstrukturan semula syarikat penerbangan tersebut.

Katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan, langkah tersebut akan memberi impak kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang syarikat.

“Tertakluk kepada cadangan penstrukturan semula hutang yang diluluskan dan dilaksanakan.

“AAX mencadangkan pelanggan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan menerima kredit perjalanan untuk perjalanan masa depan atau pembelian inventori tempat duduk,” katanya.

AAX terus berhadapan tempoh sukarnya apabila terpaksa melakukan penstrukturan semula organisasinya melibatkan pengurangan kerja sebanyak 10 peratus.

Susulan krisis pandemik, syarikat sekutu AirAsia bagi sektor penerbangan antarabangsa itu perlu mengurangkan 2,400 daripada 24,000 pekerjanya.

Ia merupakan kali kedua AirAsia melaksanakan pemberhentian pekerajanya dalam pelan rasionalisasi syarikat berkenaan untuk bertahan ketika krisis pandemik.

Justeru, kumpulan penerbangan itu dikatakan bakal beroperasi dengan skala yang lebih kecil.

Namun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, syarikat penerbangan kedua negara itu optimis untuk bangkit semula dan berusaha menyelamatkan seberapa banyak kakitangan yang diberhentikan.

“Kami sangat bermotivasi untuk menang kerana kami sangat bermotivasi untuk mengambil semula mereka bekerja.

“Menyediakan  sebanyak mungkin pekerjaan yang kami boleh sediakan, kakitangan hebat kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya. – SM

 

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button