Ekonomi

AirAsia Shop bawa revolusi perkhidmatan beli-belah bebas cukai

AIRASIA melancarkan AirAsia Shop, mengukuhkan lagi usaha mereka untuk menjadi platform gaya hidup sehenti digital sepenuhnya. Platform e-dagang ini membolehkan pelanggan untuk membeli produk tulen bebas cukai dengan kemudahan penghantaran ke rumah pada esok hari dengan sokongan cabang logistik AirAsia, Teleport.

AirAsia Shop menawarkan pelbagai pilihan jenama mewah dari serata dunia yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti kecantikan, minyak wangi, gajet, kesihatan, aksesori pelancongan dan juga cenderamata AirAsia.

Sempena pelancaran ini, bermula hari ini hingga 6 September 2020, AirAsia Shop menawarkan diskaun sebanyak 40% dan pembelian dengan hadiah untuk produk penjagaan kulit terpilih dari Korea yang terdiri daripada pelbagai jenama popular termasuk Innisfree, Sulwhasoo, Laneige dan banyak lagi.

Selain itu, nikmati penghantaran secara percuma bagi pembelian lebih dari RM100 di kawasan Lembah Klang sahaja. Nikmati juga promosi beli satu percuma satu untuk produk penjagaan kulit AHC dan Elizabeth Arden terpilih bermula hari ini hingga 6 September 2020.

Pelanggan juga boleh menikmati promosi bulanan dengan diskaun sehingga 72% untuk produk-produk terpilih. Layari airasia.com/shop untuk maklumat lanjut mengenai promosi pengenalan ini.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, mereka menubuhkan platform e-dagang OURSHOP untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang selamat dan lancar.

Katanya, semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan April, mereka telah melancarkan kempen Save Our Shops (S.O.S) untuk membantu peniaga kecil dan sederhana yang terjejas dan menembusi dunia e-dagang.

“Hari ini, kami berbangga untuk memperkenalkan AirAsia Shop, satu lagi cabang perniagaan inovatif di bawah Kumpulan AirAsia, menawarkan kemudahan dan nilai terbaik untuk perkhidmatan beli-belah bebas cukai.

“Kami menawarkan pelbagai jenama berkualiti tulen pada harga yang berpatutan dengan perkhidmatan penghantaran ke rumah – selain pra-tempahan untuk penghantaran dalam penerbangan dan pengambilan sendiri di lapangan terbang – pada bila-bila masa walaupun pelanggan tidak menaiki penerbangan, dengan rancangan penghantaran ke luar negara pada masa hadapan.

“Platform e-dagang bebas cukai ini dijangka akan menjadi salah satu penyumbang utama bagi pendapatan Kumpulan AirAsia, selari dengan usaha berterusan kami untuk menjadi peneraju jenama gaya hidup digital di ASEAN.

“Kami juga akan mengembangkan platform ini ke negara-negara ASEAN yang lain bermula dengan Thailand, selepas menerima kelulusan untuk memulakan perkhidmatan jualan barangan bebas cukai di sana,” katanya.

Untuk pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan, para pelanggan boleh mengumpul 1 BIG Point untuk setiap RM2 perbelanjaan di AirAsia Shop atau pilih untuk menebus sebarang produk di AirAsia Shop dengan menggunakan BIG Point sedia ada.

Selain perkhidmatan penghantaran ke rumah, pelanggan yang akan menaiki penerbangan juga boleh memilih untuk menerima pesanan terus dalam penerbangan AirAsia, di pintu perlepasan atau ambil sendiri di lapangan terbang. – SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button