Nasional

Tidak kira ikan bilis atau jerung besar, bantu SPRM bertindak

Golongan muda dan masyarakat diseru membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara sukarela membanteras rasuah dan salah guna kuasa yang telah kritikal serta menjadi wabak di negara ini.

Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abdul Mutalib Hasan berkata, mereka tidak perlu khuatir kerana pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Tidak kira ikan bilis atau jerung besar, sekiranya siasatan membantu SPRM membuktikan seseorang itu bersalah, mereka akan dituduh di mahkamah mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Usaha SPRM bagi memperkasakan peranannya dengan mengukuhkan tiga fungsi utama agensi itu iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan dalam membanteras gejala rasuah di negara ini harus disokong sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abdul Mutalib berkata, pemuda parti itu menyokong usaha dibuat oleh Hussamuddin yang bertujuan membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung masalah rasuah.

“Pemuda Bersatu melihat dengan kempen Rasuah Busters ini, rakyat pelbagai latar belakang dan fahaman politik diharap menjadi mata dan telinga serta mempunyai keberanian untuk melaporkan kes salah laku rasuah kepada pihak berwajib.

“Bersama-sama kita menyokong gerakan Sinar Rasuah Busters,” katanya lapor Sinar Harian.

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button