Nasional

KPN hargai Bajet 2021 untuk PDRM

BEBERAPA peruntukan khusus buat kakitangan awam dan sektor pertahanan serta ketenteraman awam dianggap sebagai simbol penghargaan kepada pasukan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, peruntukan sebanyak RM17 billion kepeada Kementerian Dalam Negeri amat dihargai pihaknya untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Selain itu bantuan khas kewangan sebanyak RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah dan RM300 bagi pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen jelas menunjukkan kerajaan sentiasa menghargai khidmat bakti penjawat awam kepada negara.

“Peruntukan sebanyak RM310 juta bagi program perumahan penjawat awam yang diumumkan turut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjawat awam keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Hamid, pemberian wang RM500 secara one-off kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara juga adalah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan ke atas pengorbanan dan bakti mereka selama ini.

“Manakala peruntukan sebanyak RM20 juta bagi memperkasakan program perlindungan dan rondaan biodiversiti yang melibatkan pengambilan lebih 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli jelas membuktikan kerajaan amat komited dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan memelihara khazanah negara,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan akan memastikan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dalam belanjawan kali ini akan dioptimumkan secara berhemah, demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara. -SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button