Ekonomi

USANITA, UKM jalin kerjasama tambah kebolehpasaran pelajar dan uasahawan wanita

USANITA Sdn Bhd (USANITA) bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memperkasakan ekonomi dalam kalangan usahawan wanita dan pelajar.

Majlis menandatangani Memorendum Persefahaman (Mou) diwakili Profesor Datuk Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin , Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) UKM dan Prof. Dr. Aini Aman, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan itu akan bertindak sebagai rangka kerja am bagi aktiviti-aktiviti dan program yang bakal dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Hasan berkata, Usanita berhasrat untuk memperkasakan kebolehpasaran wanita dan pelajar dalam sektor keusahawan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan pada sesi sidang media.

“Program kolaborasi antara USANITA, UKM dan e-Entrepreneurs Women Association (EWA) Malaysia ini akan tertumpu pada pembangunan dari sudut kemahiran, kebolehan, kreativiti serta inovasi.

“Ia merupakan perkara yang terkandung dalam aspek modal insan di samping aspek daya saing yang dilihat penting dalam kejayaan usahawan,” katanya.

Menurutnya, dengan penglibatan dan usahasama UKM dan EWA, kolaborasi ini dapat menjadi semakin besar dan memanfaatkan lebih ramai orang terutamanya pelajar- pelajar UKM dan usahawan- usahawan yang menyertai EWA.

Sidang media Usanita Sdn Bhd (USANITA) bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memperkasakan ekonomi dalam kalangan usahawan wanita dan pelajar.

“Rakan- rakan strategik USANITA juga terdiri dalam kalangan selebriti malah yang turut hadir sama pada hari ini ialah Awal Ashaari akan sentiasa bersama USANITA untuk memberi buah pandangan yang terkini untuk kebaikan bersama kedua pihak, jadi kita harap program- program kita secara tidak langsung akan memberi dokongan kepada mereka dalam melonjakkan jualan, perniagaan, dan cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam industri keusahawanan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) Profesor Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, menzahirkan rasa gembira kerana dapat menjalinkan kerjasama bersama USANITA.

Selebriti terkenal Awal Ashaari selaku rakan strategik Usanita.

“Saya berharap usahasama ini akan membangunkan kemahiran pelajar ke arah yang lebih berkualiti tinggi dan mempunyai minda keusahawanan kelas pertama seterusnya menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran mereka khususnya dalam bidang keusahawanan.

“Bila kita bekerjasama dengan USANITA ini, kita harap minat mereka (para pelajar dan usahawan wanita EWA) akan terpupuk dan mereka akan lebih terdedah kepada peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan.

Ketika sesi menandatangani Memorendum Persefahaman (Mou) Usanita dan UKM.

Menurutnya, kerjasama USANITA dan UKM ini boleh menjadi platform yang sangat baik kepada pelajar bidang keusahawanan di mana kerjasama ini dapat menyumbang kepada pembangunan negara bagi mencapai aspirasi menjadi negara keusahawanan unggul menjelang 2030. – SM

Artikel berkaitan > Program “Bridge to Brilliance” anjuran Usanita permudah kerjasama usahawan Malaysia dan Indonesia

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button