Ekonomi

Air Selangor terbit laporan kelestarian 2020 buat julung kali

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini menerbitkan Laporan Kelestarian 2020 buat julung Kalinya.

DEngan tema “Ke Arah Pengurusan Air Lestari”, laporan kelestarian pertama ini memberi tumpuan kepada usaha dan strategi Air Selangor dalam terus memacu pengurusan dan pentadbiran bekalan air yang cekap dan lestari untuk jangka masa panjang kepada lebih 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Air Selangor menyokong semua 17 Matlamat Pembangunan Mampan atau “Sustainable Development Goals” (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sokongan ini diterjemahkan melalui komitmen untuk mencapai lima (5) matlamat utama yang berkait rapat dengan operasi kami iaitu Matlamat Air Bersih dan Sanitasi (SDG 6), Matlamat Pertumbuhan Ekonomi dan Pekerjaan Layak (SDG 8), Matlamat Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12), Matlamat Perubahan Iklim (SDG 13) serta Matlamat Keamanan, Keadilan Dan Institusi Yang Kukuh (SDG 16).

Buat julung kalinya pada tahun 2020, Air Selangor telah melaksanakan penerbitan Sukuk Muharabah merangkumi Nota Kewangan Jangka Sederhana Islam (IMTN) dan Kertas Komersial Islam (ICP) dengan nilai RM10 bilion.

Menerusi inisiatif ini, Air Selangor telah menerbitkan IMTN dan ICP bernilai RM1.15 bilion, menandakan kejayaan penting dalam usaha kami untuk meningkat dan menaik taraf infrastruktur sistem bekalan air.

Melalui program Sukuk Murabahah juga, Air Selangor akan menerbitkan SRI Sukuk  Kelestarian Air Selangor (Sukuk Kelestarian) dalam masa terdekat untuk membiayai dan melaksana projek pelaburan yang lestari.

Ini sejajar dengan program pelaburan modal, strategi kelestarian dan Matlamat Pembangunan Mampan utama kami.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM5.09 bilion bagi tempoh operasi pertama (first operating period) berdasarkan Pelan Perniagaan 30:35 Air Selangor pada November 2020 bagi pelaksanaan rancangan dan inisiatif strategik pengurusan bekalan air yang lestari.

Air Selangor juga telah berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan melalui inisiatif kelestarian pada tahun 2020 seterusnya memberikan impak yang positif kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial. Antara kejayaan ini termasuk:
1. Pengurangan kadar purata tahunan Air Tidak Berhasil atau “Non-Revenue Water” (NRW) dari 29.7% pada tahun 2019 kepada 28.53% pada tahun 2020, iaitu melebihi sasaran 29.2% yang telah ditetapkan oleh SPAN.
2. Penyerahan pengurusan Empangan Kelau di Pahang menerusi Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dengan kemampuan penyimpanan air sebanyak 147.10 juta meter padu yang memberi faedah kepada Loji Rawatan Air Langat 2.
3. Pematuhan 100 peratus Program Jaminan Kualiti atau “Quality Assurance Programme” (QAP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa sebarang insiden pelanggaran E.Coli serta tiada pelanggaran insiden serentak E. Coli dan Baki Klorin Bebas atau “Free Residual Chlorine” (FRC).

4. Pelaksanaan Tinjauan Indeks Kepuasan Pelanggan 2020 bagi mengenal pasti jangkaan para pengguna untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan.
5. Pelaksanaan pelbagai inisiatif akar umbi menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara Air Selangor.
6. Pendapatan meningkat kepada RM2.18 bilion, dengan peningkatan sebanyak 3.62% berbanding RM2.10 bilion pada tahun 2019.

Menerusi Strategi Kelestarian Air Selangor 2020-2022, kami juga telah memberikan sokongan kepada Matlamat Pembangunan Mampan atau “Sustainable Development Goals” yang ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan memberikan tumpuan untuk mempertingkatkan daya tahan perkhidmatan bekalan air di samping turut menjamin bekalan air berterusan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya.

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button