Nasional

Air Selangor Memperkukuh Kesejahteraan Warga Kerja Melalui Perjanjian Kolektif

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini menandatangani Perjanjian Kolektif Pertama bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (KESAiS) bagi memperkukuh hubungan kerja yang lebih harmoni dengan warga kerja.

Perjanjian tersebut dimeterai dalam sebuah majlis yang disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Melibatkan lebih 2,203 ahli kesatuan yang mewakili hampir separuh daripada jumlah tenaga kerja, perjanjian ini mengukuhkan komitmen Air Selangor Selangor terhadap kesejahteraan warga kerja dan kecemerlangan operasinya.

Antara inisiatif Air Selangor dalam mempertingkatan kebajikan warga kerjanya termasuk pelarasan gaji, penaiktarafan kuarters-kuarters dan pengurangan kadar sewa kuarters.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali, berkata,  perjanjian Kolektif itu
adalah bukti kepercayaan dan kerjasama erat antara Air Selangor dan warga kerjanya.

“Ini melambangkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi dalam menjamin kebajikan warga kerja yang mampan, yang mana mereka merupakan nadi kejayaan Air Selangor.

“Sebagai syarikat yang beraspirasi menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia menjelang 2030, kami percaya bahawa tenaga kerja yang dihargai akan terus menjadi asas kepada pertumbuhan dan kecemerlangan operasi kami,” tambah Adam.

Amirudin  dalam ucapannya turut berkongsi, “Perjanjian ini bukan sekadar dokumen rasmi, tetapi simbol perpaduan dan kepercayaan antara Air Selangor dan warga kerjanya.

“Ia melambangkan komitmen syarikat terhadap kebajikan warga kerja di samping memastikan kelangsungan kecemerlangan operasi. Saya yakin usaha ini akan membuka lembaran baharu dalam hubungan kerja yang lebih kondusif dan produktif.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button