MahkamahNasional

Peguam Sugu maklum laporan polis ditarik balik

PEGUAM kepada seorang YouTuber yang baharu meningkat naik, Sugu Pavithra, Mahinderjit Singh, memaklumkan anak guamnya itu menarik balik laporan polis.

Laporan polis tersebut dikatakan ditarik balik pada kelmarin (22 Julai) selepas suami Pavithra, M. Sugu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Makluman mengenai penarikan semula laporan polis itu dibuat dalam rayuan Pavithra supaya mengurangkan ikat jamin yang dikenakan terhadap suaminya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail meminta mahkamah membenarkan ikat jamin RM20,000 bagi memastikan Sugu menghadiri perbicaraan mahkamah.

Katanya, kes keganasan yang dilakukan Sugu adalah serius kerana memiliki senjata tajam ketika berada di tempat awam.

BACA > Ikan gergasi ditemukan, khuatir petanda awal gempa bumi — Suara Merdeka

“Ini adalah kes yang serius, senjata telah dibawa ke tempat awam iaitu sebuah hospital.”

Kata Mohd. Wafy selepas pertuduhan dibacakan terhadap Sugu kerana melakukan keganasan terhadap isterinya Selasa lalu.

Mahinderjit bagaimanapun merayu supaya ikat jamin diringankan atas sebab situasi ekonomi keluarga anak guamnnya.

“Ister tertuduh hanya mampu untuk membayar ikat jamin antara RM5,000 hingga RM10,000 sahaja.

“Anak-anak perlukan ayahnya. Insiden ini berlaku hanya kerana salah faham yang timbul antara pasangan suami isteri itu.

BACA > Pavithra tetap Ikon Bandaraya Ipoh — Suara Merdeka

“Tambahan pula isterinya sudah pun menarik balik laporan polis sehari selepas insiden tersebut,” jelasnya seperti dipetik laporan portal Says.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan suami kepada YouTuber masakan terkenal di Perak di tahan polis selepas berlaku pertengkaran di tempat letak kereta Hospital Raja Bainun, Ipoh.

M. Sugu dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik iparnya.

Bagaimanapun dia tidak dapat bertemu dengan adik iparnya sebelum bertindak memukul isterinya.

Susulan kejadian itu, di mahkamah hari ini, dia dituduh di bawah Seksyen 6(1), Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya.

Sugu ketika ditahan pihak polis didakwa memiliki sebilah sabit sepanjang 26 inci sekitar pukul 6 petang.

BACA > Baru nak popular, dah pukul isteri pula — Suara Merdeka

Majistret kemudian membenarkan ikat jamin dengan sejumlah RM10,000 dan memutuskan 17 Julai untuk sebutan semula kes. – SM

 

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button