Hiburan

Air mata Zynakal menitis di depan Kaabah

PERNAH terlibat kontroversi bergaduh dengan seorang pekerja sebuah stesen minyak tahun lalu, penyanyi, Zynakal berkongsi dia pernah menangis dek kerana kesilapannya.

Malah, mengakui dirinya bukan seorang yang sempurna, dia memberitahu air matanya itu tumpah ketika menunaikan umrah tahun lalu.

“Tahun lalu saya menunaikan umrah dan di sana, saya rasa begitu tenang daripada segi emosi.

“Saya tahu diri ini tidak sempurna dan disebabkan itu saya menangis sebab walaupun banyak kesalahan yang dilakukan, tetap diberi peluang ke sana,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka baru-baru ini.

BACA> Kenangan ketika di Mekah, Shuib & Mark Adam bikin lagu

Sementara itu, mengulas mengenai kerjaya seninya, Zynakal memberitahu yang dia sudah merancang untuk melakukan lagu baharu.

Jelasnya, buat masa ini dia masih lagi mahu menolak lagu Sakit yang dinyanyikan bersama dengan Yonnyboii.

“Setakat ini saya nak biarkan dulu lagi Sakit sebab sekarang dah mencatatkan 30 juta tontonan di akaun YouTube saya.

“Saya memang tak jangkakan lagu tersebut akan mencatat jumlah tontonan yang tinggi dan sekarang ini, saya nak tengok sampai berapa juta video itu boleh dapat tontonan,” ujarnya.

Tidak hanya bergantung kepada lagu Sakit, Zynakal berkata yang dia sememangnya sudah merancang untuk lagu terbaharu.

BACA> Adibah Noor gadai emas untuk tampung kewangan hidup

Jelasnya, ada perancangan untuk bekerjasama dengan Tuju K-Clique tetapi belum ada perancangan lagi bila lagu itu akan keluar. -SM

(Visited 608 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button