Nasionalpilihan

Air mata deras mengalir saksikan Hammad hembuskan nafas terakhir – Zulkifli Mohamad

Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

Menurut Zulkifli dalam hantaran di laman sosial, Hammad Zulkifli, 22, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.22 pagi tadi di sisi keluarga.

“Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.

“Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad daripada awal, sehinggalah ke liang lahad.

“Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad,” katanya dalam kemas kini tersebut, hari ini.

Jelas beliau lagi, solat jenazah dilaksanakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekitar pukul 9.45 pagi tadi.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button