Nasionalpilihan

Ainul Mardhiah Kritikal, Dimasukkan Ke PICU Selepas Muntah Dan Cirit-Birit

Kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat.

Berita itu disampaikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dalam hantaran melalui Instagram milik beliau, sebentar tadi, yang memaklumkan Ainul Mardhiah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Ainul mula dengan muntah dan cirit-birit dalam masa sehari. Hari kedua, mama tengok Ainul sudah tidak bermaya sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ini dan terus bawa ke Jabatan Kecemasan.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuh. Satu badan dipenuhi dengan wayar,” tulisnya dalam hantaran itu.

Nurul Erwani juga meluahkan ‘terasa gagal’ kerana berasa seperti kurang memberi perhatian kepada Ainul Mardhiah, dalam hantaran berkenaan.

Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan berpesan kepada orang ramai.

“Ingat ya semua. Sekarang, virus sudah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah saja, jaga kebersihan pun, kalau nak jadi memang akan jadi,” katanya.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button