Nasional

Aidilfitri 2022 Sajikan Emosi Panik Namun Disulami 4 Mesej Kebesaran Allah SWT!

Dalam kita sibuk persoalkan kenapa kalendar kuda begini dan begitu atau kenapa cuma dua negeri dapat mencerap anak bulan dengan baik, Allah SWT sedang memberi mesej yang cukup besar.

Mesej adalah walaupun umat Islam beraya dalam suasana panik, serba tidak cukup namun raya tetap raya serta ia berlaku secara sederhana mengikut tuntutan Islam dan ini hikmat yang kita terlepas pandang:

Persiapkan diri lebih awal

Tidak dinafikan ada yang merancang untuk pulang ke kampung hari ini kerana menjangkakan bahawa esok bermulanya Aidilfitri, begitulah mesej daripada Allah SWT tentang kehidupan di dunia.

Sama juga dengan ada yang merancang malam raya baru nak beli barang-barang untuk dimasak sekali selepas keluar pengumuman rasmi, barang-barang pun semuanya habis.

Untung kepada siapa-siapa yang merancang untuk buat pembelian awal kerana diberi kelebihan untuk bersiap sedia namun kita faham, bukan semua orang sempat dan ada masa.

Bersederhana dalam beraya

Aidilfitri 2022 mengangkat mesej walaupun bersederhana, umat Islam yang berpuasa dalam bulan Ramadan pasti dapat beraya.

Dalam erti kata lain, walaupun kita sempat menyediakan juadah secara berlebih-lebihan Syawal tetap menjelma pada masanya.

Walaupun tak sempat beli baju raya dan sebagainya, sekiranya kita melihat betapa sayangnya Allah SWT kepada kita, mesej yang tersirat boleh dihayati.

Kita hanya mampu merancang

Mungkin ada yang merancang untuk pulang ke kampung halaman pada hari ini atau sudah memohon untuk bercuti pada 1 Syawal mengikut kalander kuda.

Namun sedar tak sedar, Allah SWT memberitahu bahawa ikut cubalah ikut mana atau ramalkan bagaimana sekali pun, kebesaran Allah SWT lebih berkuasa.

Sama juga kalau kita merancang untuk meninggal dunia pada usia 80 tahun misalnya dan sedaya upaya jaga kesihatan diri namun jika ajal datang berkunjung, kembalilah kita ke negeri abadi.

Kemenangan dalam beribadat

Ramadan melatih diri untuk menjadi lebih sabar dengan membuang segala nafsu yang berkait dengan hal keduniaan.

Aidilfitri pula membawa kita kembali kepada fitrah sebagai mana seseorang manusia itu diciptakan, kosong dan suci namun hati yang berinteraksi.

Jika Ramadan kita benar-benar diterima, mungkin pada mulut kita tidak akan mempertikaikan urusan Allah SWT dengan kehendak kita menurut kalendar kuda.

Menjadikan diri lebih tawaduk

Disebalik semua yang berlaku ini, Allah SWT sengaja membawa kita untuk memperhalusi semula sejauh mana kita mengangkat rukun ehsan dalam diri.

Apa itu rukun ehsan? Beribadat sebagaimana kita melihat Allah SWT dan jika tidak melihat Allah SWT sekali pun, beribadatlah sebagaimana kita tahu Allah SWT melihat kita.

Berpegang kepada ini dalam hati dan jiwa, InsyaAllah sifat cinta terhadap dunia sudah boleh dikurangkan dan lebihkan untuk kumpul aset roh bagi perjalanan ke alam akhirat yang kekal selamanya.

Semoga dengan panik Aidilfitri 2022 ini kita dapat melibat tarbiah Allah SWT secara holistik bahawa rancanglah sehebat mana sekali pun, kita sebagai hambanya tetap mengikut aturan Allah SWT.

Salam Aidilfitri daripada The Professor yang ternakal nakal dan sinis mengulas isu semasa serta politik daripada pandangan seorang penulis yang ‘gila-gila’ dan suka berkurung dalam gua!

 

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button