Nasional

Aidilfitri: 200 bekas atlet, atlet para Selangor diraikan

BEBAN 200 bekas atlet dan atlet para di Selangor ketika menghadapi pandemik Koronavirus (Covid-19) dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri diringankan.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan menyumbang RM200 kepada setiap seorang.

BACA > Esok rukyah hilal Syawal di Perlis — Suara Merdeka

Menurut Pengerusinya, Mohd. Khairuddin Othman, sumbangan berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Katanya, sumbangan itu diserahkan melalui beberapa acara yang diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan esok (Jumaat).

“Pendekatan ziarah dan penyerahan sumbangan berupa wang tunai dan kuih raya sebagai menghargai jasa bekas-bekas atlet dan atlet para.

“Sumbangan itu sedikit sebanyak diharapkan dapat menceriakan mereka yang pernah berjasa kepada Selangor dan negara untuk menyambut ketibaan Syawal,” katanya.

BACA > Mengharapkan liputan yang lebih saksama — Suara Merdeka
BACA > Barang kawalan: Kerajaan PN perlu teruskan dasar PH — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan sumbangan menerusi Program Sumbangan Raya di Kompleks Generasi Muda dan Sukan Selangor di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, hari ini selain di Shah Alam, penyerahan sumbangan turut dibuat di ibu pejabat Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua program itu melibatkan sumbangan kepada keseluruhan 141 para dan wakil persatuan,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengadakan ziarah kepada beberapaa atlet yang tidak dapat hadir seperti Muhammad Ashraff.

Muhammad Ashraff merupakan pemenang pingat gangsa dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Pada esok, Mohd. Khairuddin akan meneruskan program ziarah di kediaman pemenang pingat emas Sukan Para Asean Filipina 2005, Nurul Shakina Abudllah.

Ahli Dewan Undangan Paya Jaras itu juga dijadualkan akan berkunjung ke kediaman atlet paralimpik, Mohamed Shahrul Rafiiq Maul Mustaf.

BACA > Projek Zero Hunger sasar mereka tercicir dari BPN — Suara Merdeka
BACA > Covid-19: 50 kes baharu 41 daripadanya warga asing — Suara Merdeka

Menurutnya, Mohamed Shahrul Rafiiq merupakan pemenang pingat perak Sukan Para Asia Singapura 2015 dalam acara boccia. – SM

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button