Nasional

Ahmad Zahid tidak pernah beri arahan pelantikan Profound Radius sebagai pengendali Pusat Sehenti – Saksi

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memberi arahan secara langsung agar syarikat Profound Radius Sdn. Bhd., (PRSB) dilantik sebagai pengendali One Stop Centre (OSC) atau Pusat Sehenti memproses permohonan visa.

Sebaliknya pelantikan PRSB yang membuat permohonan rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri selepas permohonan mereka sebagai pengendali OSC di Bangladesh tidak diluluskan disebabkan oleh masalah dalaman yang dihadapi oleh PRSB, dibuat selepas Ahmad Zahid menerima Minit daripada Perdana Menteri, disyorkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) dan Setiausaha Bahagian (SUB) Imigresen dan mesyuarat bagi membincangkan tentang Minit Ceraian.

Surat rayuan PRSB kepada Perdana Menteri diminitkan kepada Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu dan berdasarkan syor KSU kementerian, TKSU dan Datuk Shahril Ismail yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (SUB) Imigresen, PRSB diberikan peluang kedua untuk menjadi pengendali OSC tetapi bukan di Bangladesh sebaliknya di Pakistan dan Nepal seperti yang disyorkan oleh Shahril sendiri.

Saksi ke-37, Shahril Ismail, 53 berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam prosiding sambung bicara Ahmad Zahid.

Shahril ketika disoal balas peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal berkata, Menteri hanya meluluskan berdasarkan syor ketiga-tiga keputusan mesyuarat seperti tercatat dalam minit mesyuarat ceraian.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa menerima rasuah RM2 juta daripada pengarah Profound Radiance, Azlan Shah Jaffril sebagai satu dorongan untuk melantik syarikat tersebut mengendalikan Pusat Sehenti (OSC) pekerja Pakistan dan Nepal.

Saksi ketika membacakan kenyataan bertulisnya memberitahu mahkamah, PRSB sepatutnya memulakan operasi pengendali OSC berpusat di Bangladesh pada akhir tabun 2015, tidak beroperasi.

“PRSB gagal beroperasi di Bangladesh, jadi satu syor diangkat pada Datuk Seri Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri.

“Pembatalan operasi dibuat kerana kegagalan PRSB memulakan operasi di Bangladesh disebabkan oleh masalah syarikat dan masalah dalaman PRSB.

“Pada 11 November 2015, satu surat bertarikh itu dikeluarkan iaitu surat pembatalan.

“Ekoran pembatalan, pada 12 November 2015, PRSB membuat surat rayuan kepada Perdana Menteri (PM).

“PM setuju bagi peluang kepada PRSB dan MINIT KEPADA Ahmad Zahid iaitu BERSETUJU DIBERI PELUANG JIKA DAPAT DILAKSANAKAN,” kata Shahril dan mengesahkan kepada mahkamah, Minit daripada PM.

Kata saksi pendakwaan lagi, PRSB ada menulis beberapa surat rayuan dan berdasarkan dua surat syarikat PRSP, syarikat itu sedaya upaya cuba meyakinkan bahawa PRSP boleh beroperasi sebagai pusat sehenti di Banglades.

Shahril bagaimanapun berkata, kedua-dua surat isi kandungan sama tetapi berlainan tajuk dan lampiran.

Surat kedua, lampiran surat rayuan kepada PM, Ahmad Zahid meminta SILA BERBINCANG DENGAN SAYA DAN LIHAT MINIT PM DAN BERI PENJELASAN PADA SAYA KEDUDUKAN SEBENAR.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun, Shahril berkata, pada 13 Januari 2014, PRSB bersedia hendak beroperasi sebagai pusat sehenti di Bangladesh dengan kos RM 2juta.

“Susulan surat ini, perbincangan diadakan oleh Hal Ehwal Imigresen iaitu saya dan dalam perbincangan, Datuk Seri Ahmad Zahid bersetuju, PRSB diberi peluang kedua sebagai pengendali OSC di negara yang akan kenal pasti.

“Konflik dalaman syarikat bukan sengaja. Team Hal Ehwal Imigresen buat satu unit ceraian bagi mendapatkan kelulusan Ahmad Zahid, cadangan pengendalian di Pakistan dan vendor perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” ujarnya.

Keterangan saksi pada peringkat ini, kementerian belum menandatangan kontrak untuk operasi di Nepal dan Pakistan.

“Ya, PRSB dilantik di Nepal dan Pakistan bertarikh 15 Jun 2016 berdasarkan syor dibuat, diangkat kepada KSU dan TKSU dan Ahmad Zahid setuju kedua-dua syor.

“Tarikh lantikan pengendali OSC pada 1 Julai 2016 dan ditandatangani oleh Ahmad Zahid dan satu surat makluman Imigresen dikeluarkan.

“Pelaksanaan tidak membabitkan kos daripada kerajaan, (with no cost to the government) tetapi syarikat tanggung,” kata Shahril.

Saksi pendakwa, Shahril disoal balas oleh peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik:
RUJUK CERAIAN UTK DAPAT ARAHAN ATAU KELULUSAN MENTERI. BETUL?

Saksi: Betul.

PEGUAM: MINIT INI MENGANDUNGI ASPEK-ASPEK MATERIAL.

Saksi: Betul.

PEGUAM: Sila baca muka surat 3

Saksi: Urusan visa operasi pengendali OSC di Bangkadesh, PM setuju syarikat diberikan peluang asalkan tiada kesalahan dilakukan. Perbincangan dilakukan, PRSB diberikan peluang kali kedua.

PEGUAM: Apakah syor?
Saksi: PRSB dilantik, OSC di Pakistan dan Nepal, 15 Jun 2015.
PEGUAM: Ulasan TKSU
Saksi: Syor di perenggan 2 diangkat untuk diberi pertimbangan. 1 Julai 2015 bagi buat persiapan.
PEGUAM: TKSU dan KSU syor PRSB dilantik? Rujuk Mukasurat 7 – Menteri Dalam Negeri setuju syor oleh TKSU dan KSU.
Saksi– Ya Yang Arif.

Saksi kemudiannya disoal balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal.
CROSS – DATUK AHMAD ZAIDI ZAINAL
PRSB tarikh 2/2/20… KDN batalkan pelantikan. Siapa pihak KDN yang batalkan.
Saksi: Ahmad Zahid. Ganti syarikat lain sebab PRSB gagal memulakan operasi mengikut ya g diberi kepada mereka.
PEGUAM: Ssyor telah diberikan diangkat pada Menteri Dalam Negeri agar dibatalkan pelantikan.
Yg batalkan Datuk Seri Zahid. Di para keenam, syor diangkat kepada Datuk Zahid, syor dari bahagian Imigresen.
Soalan saya, arahan Datuk Zahid batal tak betul?
Saksi: Ya.
PEGUAM: Bukan arahan Datuk Zahid. Tapi syor.
Saksi: Ya Yang Arif.

PEGUAM: Apabila pembatalkan dibuat, PRSB tulis surat pada Najib. Setuju diberi peluang jika tiada kesalahan dilakukan. Minit tersebut kepada Zahid sebagai menteri dalam negeri. Saksi: Ya.
PEGUAM: Datuk Seri Ahmad Zahid minta Datuk Seri bincang rayuan pembatalan operasi di Bangladesh. Minit SUB Imigresen … bila disediakan?
Saksi: memang tak ada tarikh.PEGUAM: Sepatutnya ada. Terlepas pandangla ni
Saksi: Ya.
PEGUAM: April ke Mei?
Saksi: Kurang pasti
PEGUAM: Januari 2016 tarikh minit daripada Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Seri KSU sila bincang. Nothing happen until 1 Mac. Sebulan minit kepada Datuk Shahril. April baru disediakan MINIT CERAIAN .
Saksi: ya
PEGUAM: Dalam syor Datuk Shahril pada menteri, KSU dan TKSU, instead bagi OSC Bangladesh, diganti dengan Nepal dan Pakistan. Datuk sedar PRSB sudah mula initial set up.
Saksi: Ya.
PEGUAM: Setuju dengan saya PRSB ada masalah dalaman , masalah Pesuruhjaya Tinggi. Ofis PRSB telah ujud, staff ada. 18 bulan. Incurred cost RM2 juta.
Saksi: Tak ada ofis dikendalikan oleh visa luar negara.
PEGUAM: PRSB telah mulakan persiapan, infrastruktur, premis 18 bulan, ubahsuai ikut spesifikasi.
Saksi: Tak pasti.
PEGUAM: Ada datuk melawat ofis, premis?
SAKSI: Tak pasti. Tak tengok. Tak tau betul atau tidak,
tak melawat.
PEGUAM: Minit Datuk Seri Zahid. Mukasurat 7. Ada dua box di situ. Cuma ada dua syor yang diberikan oleh Datuk Shahril kepada Datuk Seri Zahid. PRSP dilantik pengendali OSC di Pakistan dan Nepal.
Now initially PRSP dah set up ofis di Bangladesh. Syor set up tempat lain. Tarikh tukar 1 Julai kerana Minit sampai dalam bulan Jun. Datuk punya syor.
Keputusan Datuk Zahid berdasarkan syor Datuk Shahril, TKSU dan KSU. Semua prosedur dan peraturan dipatuhi sebelum diberi kepada PRSB.
Saya cadangkan Datuk Seri Zahid tidak pernah bagi arahan secara specific kepda Datuk Shahril, KSU atau TKSU supaya diberikan projek tanpa mengikut prosedur.
Saksi: Setuju.
ITU SAHAJA SOALAN SAYA – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button