Nasional

Shabery Cheek Pengerusi baharu Felda

BEKAS Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Felda dalam satu kenyataannya memaklumkan, organisasi itu optimis bahawa pelantikan itu akan dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi yang telah berjalan selama ini demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu Felda keseluruhannya.

Shabery pernah memegang beberapa portfolio dalam kerajaan antara 2008 hingga 2018 termasuk sebagai Menteri Penerangan, Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Pada minggu lalu, Shabery mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman dari UMNO itu menggantikan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya, pada minggu lalu.

Idris berkata, beliau menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri yang mahu beliau melepaskan jawatan itu, setahun lebih awal daripada kontraknya.

Bekas Menteri Pengajian Tinggi dari 2015 hingga 2018 itu dilantik sebagai Pengerusi Felda pada Mei 2020. Beliau menggantikan Bakke Salleh.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Felda turut menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Idris yang menamatkan perkhidmatan sebagai pengerusi Felda pada 30 Jun ini.

Sepanjang tiga tahun perkhidmatan, beliau mengangkat Felda kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh agensi itu serta warga peneroka.

“Antara kejayaan yang paling besar ialah peningkatan produktiviti ladang peneroka yang meningkat lebih dua tan perhektar setahun daripada 17.29 tan perhektar pada tahun 2021 kepada 19.43 tan perhektar pada tahun 2022.

“Peningkatan hasil ini secara langsung turut meningkatkan pendapatan warga peneroka,” katanya. – SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button