Politik

Pemuda UMNO Kubang Kerian sokong MKT letak Ismail Sabri ditempatnya

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara meletak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Naib Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Shahrul Fadhel Mohd Aziz berkata, Ismail Sabri sepatutnya diletak pada kedudukan yang sepatutnya (PM).

“Saya dan seluruh akar umbi Pemuda UMNO Kubang Kerian menyokong penuh keputusan MKT yang dilihat amat bijak  menilai kehendak rakyat Malaysia,” katanya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Kerian .

Beliau berkata, cabaran politik baharu sekarang amat dinamik dan memerlukan setiap keputusan itu berpaksi kepada kehendak rakyat.

“Rakyat menilai setiap gerak geri parti dan medan PRU15 nanti adalah satu medan yang di luar dari kebiasaan mana-mana pilihan raya umum sebelum ini,” ujarnya.

Beliau yakin sehingga sekarang, Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) masih lagi bergelut untuk menamakan calon Perdana Menteri kerana mereka sendiri sudah tidak mampu untuk menstabilkan pakatan mereka.

Justeru kata Shahrul Fadhel, mana mungkin mereka (PH dan PN) nanti mampu menstabilkan kehidupan rakyat.

“YAB Datuk Seri Ismail Sabri adalah pemimpin yang terbukti berjaya memimpin kabinet untuk mengharungi cabaran getir politik baharu yang berbagai rencam dan berjaya membawa kestabilan kepada Kerajaan pasca pandemik Covid-19,” katanya. – SM

(Visited 649 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button