Politik

Sikap ‘apologetic’ lemahkan perjuangan parti Melayu

ISU-ISU sensitif cukup berani disentuh dan dipersoalkan sesetengah ahli politik dan juga pemimpin organisasi bukan kerajaan (NGO).

Terutama dalam landskap politik yang berubah dalam pasca  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini termasuklah beberapa isu sensitiviti seperti perjuangan agenda Melayu, Islam dan Bumiputera yang kerap kali disentuh sepanjang 28 bulan sejak Mei 2018.

Sikap tunduk kepada tekanan dalam mempertahankan agenda Melayu, Islam dan Bumiputera menyebabkan wujud pihak berani mempersoalkannya.

Isu seperti tulisan jawi, Bahasa Kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan pendidikan vernakular tidak dapat dibendung.

Sikap meminta maaf dan menerima maaf dalam kalangan parti tidak menunjukkan ketegasan mereka dalam membawa perjuangan.

Justeru, hal demikian dianggap sebagai satu kelemahan apabila parti-parti Melayu yang dominan tidak mampu menunjukkan ketegasan kerana terikat pada dasar kerjasama antara kaum.

Sebagai contoh, soal pembahagian kerusi untuk pilihan raya akan datang apabila calon bukan Melayu terpaksa bertanding di kawasan majoriti Melayu untuk mendapat tempat dalam Dewan Rakyat.

“Cuma saya hendak beritahu begini, Putra ini relevan, selepas PRU-14 apabila landskap politik negara berubah, parti-parti politik Melayu yang kuat seperti UMNO dan Pas..

“Mereka sudah terikat dengan gabungan masing-masing. Dalam BN (Barisan Nasional) ada MCA, MIC dan UMNO terikat bila hendak bercakap agenda orang Melayu.

“Terikat, takut kalau bercakap bab Melayu Islam MCA marah, Gerakan melenting, MIC marah.

“Jadi untuk hendak jaga sentimen orang Cina dan hendak tarik undi orang bukan Melayu mereka tidak berani bersuara.

“Begitu juga Pakatan Harapan, walaupun ada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Amanah tetapi ada DAP, depa tak berani bercakap, bersuara.

“Sebab sensitif dan Bersatu pula dahulu parti pribumi, Sekarang sudah (hendak) buka kepada bukan Melayu. Bukan Melayu pun sudah boleh masuk dalam Bersatu.

“Pas pula dalam MN bekerjasama dengan PN (Perikatan Nasional), Bersatu ada pula kerjasama dengan bukan Melayu.

“Termasuklah bekerjasama dengan BN yang ada MCA dan MIC jadi mana parti yang tidak terikat dengan mana-mana kumpulan? Hanya Putra sahaja.”

Demikian kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa, Datuk Dr. Ibrahim Ali hari ini dalam satu wawancara santai yang disiarkan secara langsung dalam Facebook Suara Merdeka.

Menurut beliau, Putra tidak mengamalkan sikap apologetic  kerana tidak terikat dengan mana-mana kumpulan yang membolehkannya bersuara lantang.

Dalam pada itu, Ibrahim dalam wawancara ‘Landskap baharu politk Melayu’ sekali lagi menegaskan penubuhan Putra bukanlah untuk memecah-belahkan politk orang Melayu.

Sebaliknya, memberi pilihan alternatif kepada kaum Melayu dan bumiputera dalam pilihan raya nanti.

“Ada orang tuduh apabila Putra ditubuh ini akan memecah-belahkan lagi kuasa politik orang Melayu.

“Dr. Mahathir pun berkata demikian. Beliau dahulu tubuh Bersatu, tidak fikir akan memecah-belahkan orang Melayu. Apabila saya tubuh parti Putra beliau kata pecah-belahkan orang Melayu.

“Lepas hilang jawatan dalam Bersatu, beliau hendak tubuh parti Pejuang, tak juga kata memecah-belahkan orang Melayu.

“Susahlah kita hendak fikir, tetapi biarlah orang semua tahu. Orang boleh menilai.

“Sebab itu kaum Melayu Islam, pribumi kalau hendak bangsa mereka selamat pada masa akan datang, pilihlah pemimpin itu dengan hati-hati.

“Saya, selepas terkeluar daripada UMNO, banyak kali orang lamar. Masuk parti itu, parti ini saya tak mahu masuk. Sebab saya tak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

“Sebab sudah amat arif dengan politik Malaysia,” jelasnya. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button