NasionalNegeri

Raja Perlis berkenan terima taklimat Status Pelaksanaan Projek Dan Kerja-Kerja Penyelengaraan Persekutuan, Negeri

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima taklimat Status Pelaksanaan Projek Dan Kerja-Kerja Penyelengaraan Persekutuan dan Negeri di Perlis di Balai Mengadap Biru, Istana Arau, semalam.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Taklimat dipersembahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia, Datuk Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

 

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Kementerian Kerja Raya Datuk Ir. Zulkipli Nasri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis Ir. Mohd Shahril Mohd Said.

Sebelum ini di penghujung 1990-an dan awal tahun 2000 Wan Ahmad Uzir pernah bertugas di Perlis sebagai Penolong Pengarah Pembangunan, Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU JPM) manakala Zulkipli pula berkhidmat sebagai Penolong Jurutera Bangunan JKRbPerlis dari 1 Oktober 1997 hingga 15 Oktober 2002.

Tuanku Raja yang amat prihatin dengan kemajuan negeri serta kesejahteraan hidup rakyat baginda menitahkan beberapa pandangan kepada pihak KKR dan juga JKR Negeri.

Pelbagai Projek Dalam Perancangan dan juga Projek Yang Sudah Dalam Pembinaan bagi Persekutuan dan juga Negeri dipersembahmaklumkan kepada Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda. -SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button