Politik

Kronologi kecoh politik hari ini

Hari ini perhatian media tertumpu pada desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berjalan di beberapa lokasi berbeza.

Berikut adalah kronologinya:

9 pagi : Pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
9.10 pagi : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu hadir mesyuarat tersebut dan diiringi oleh Presiden Bersatu yang juga Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
1 tengah hari : Timbalan Presiden PKR  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dilihat berada di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
1.08 tengah hari :  Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kerja Raya Baru Bian juga dilihat berada di Hotel Sheraton Petaling Jaya.
2 petang : Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan mesyuarat di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.
2.45 petang : Dr Mahathir meninggalkan bangunan Menara Yayasan Selangor.
2.45 petang : Pemimpin-pemimpin utama Bersatu termasuk Dr Mahathir mengunci mulut apabila ditemui media selepas mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu.
3.42 petang : Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa tiba untuk mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .
4.00 petang : Media mula berkumpul di pintu masuk Istana Negara.
4.20 petang : Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah hadir di Hotel Sheraton dan memberitahu media ia hanya “mesyuarat kawan-kawan”.
5.29 petang : Naib Presiden PKR Tian Chua tiba di Hotel Sheraton.
5.35 petang : Lebih 20 kereta yang membawa ahli politik memasuki Istana Negara.
5.40 petang : Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Ritz-Carlton.
6.00 petang : Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tamat.
7.02 malam  : Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Hotel Sheraton.
7.25 malam : Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Annuar Musa tiba di Hotel Sheraton.
7.45 malam : Ahli Parlimen Sembrong dari UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di Hotel Sheraton.
7.53 malam : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Hotel Sheraton.
8.00 malam : Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hotel Sheraton.

8.37 malam : Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

9.30 malam : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Hotel Sheraton.

9.45 malam : Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Hotel Sheraton.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button