Politik
Trending

Ahmad Maslan ingatkan UMNO/BN sebagai ‘king maker’

TINDAKAN Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan memuat naik mengenai jumlah kerusi kerajaan dalam Dewan Rakyat seolah-olah memberi satu amaran.

Amaran tersebut dikatakan sebagai ketegasan dizahirkan UMNO kepada pimpinan Perikatan Nasional jkhususnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tak lain dan tak bukan pastilah mengenai resolusi mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang menetapkan lima perkara termasuk pendaftaran Muafakat Nasional (MN) sebagai parti.

Namun, paling utama adalah amaran daripada UMNO untuk membuat pertimbangan menarik diri daripada menyokong PN.

“UMNO/BN yang terbanyak kerusi.

“UMNO A (Asal) 39, UMNO B (berpindah, tetapi asalnya bertanding atas tiket UMNO 16, MCA 2, MIC 1, PBRS 1 dan jumlah keseluruhan BN adalah 59.

“PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) 16, Pas 18, Star 1, PBS 1 dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) 18.”

Demikian penjelasan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya semalam.

Tindakan beliau memberi penjelasan mengenai jumlah kerusi BN dalam Parlimen seolah-olah memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Malah, sebelum ini juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Ahli Parlimen Pagoh itu kehilangan sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Di tambah pula dengan pendedahan surat daripada Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Kemudian, Presiden Pertubuhan Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz turut mendedahkan beliau pernah ditawar jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menerusi dua pengakuan tersebut, ia jelas menjejaskan kedudukan Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri yang hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Rakyat.

Jika benar, Tengku Razaleigh dan Mohamed Nazri mengisytihar menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, maka ia jelas meruntuhkan kerajaan PN.

Bagaimanapun, ramai pihak mengandaikan penentuan kepada kedudukan Muhyiddin adalah menerusi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 pada 7 November nanti.

Pengundian terhadap kelulusan belanjawan itu nanti dikatakan menjadi titik tolak kedudukan Muhyiddin dalam Dewan Rakyat dan kerajaan. – SM

 

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button