Politik

Ahmad Maslan ganti Azalina sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan  akan dicalonkan untuk jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Menurut Malaysiakini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, mengesahkan pencalonan Setiausaha Agung UMNO tersebut.

“Ya, sah. YB Pontian dicalonkan bagi jawatan timbalan speaker,” katanya ketika dihubungi portal berita tersebut.

Satu kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat kosong berikutan peletakan jawatan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini.-SM

(Visited 168 times, 2 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button