Nasional

Ahmad Maslan bantu mahasiswa Pontian

KESULITAN yang dihadapi mahasiswa keputusan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuat penangguhan kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi bulan ini turut mendapat perhatian Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

AHLI Parlimen Pontian itu dalam Twitternya berkata beliau akan membantu mahasiswa dari kawasan itu yang terjejas akibat keputusan tersebut.

“Untuk siswa dan siswi dalam kawasan Parlimen Pontian sahaja sedikit bantuan akan diberi kepada yang terjejas akibat penangguhan pendaftaran universiti awam secara bersemuka.

“Whatsapp nama penuh, alamat penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nama universiti, salinan surat berkaitan daftar kepada pegawai khas saya Haji Rahim di nombor 0177772693. Terima kasih,” ciap Ahmad Maslan.

Pada 24 September Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kementerian tidak bercadang menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar ke universiti atau kolej di seluruh negara yang dijadualkan pada bulan Oktober.

Menurut Noraini, pihaknya sudah mengarahkan semua universiti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi proses kemasukan itu.

Bagaimanapun pada 27 September, KPT menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah secara bersemuka yang dijadual berlangsung pada Oktober.

Bagaimanapun semalam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini.

KPT memaklumkan, keputusan itu dibuat demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak, susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

“Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi pelajar yang sudah berada di kampus dan mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing dan pihak IPT diminta membantu segala keperluan pelajar ini.

Kementerian itu juga memberitahu, syarikat penerbangan sudah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar terutama yang sudah membeli tiket untuk pulang ke kampus masing-masing sehingga 31 Disember ini, hasil rundingannya dengan syarikat penerbangan yang terbabit.

Kes COVID-19 mencatatkan peningkatan mendadak, dengan yang terbaharu semalam, mencatatkan kes harian tertinggi 287 jangkitan tempatan.-SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button