Nasional

Ahmad Maslan ada tujuh cadangan kurangkan hutang negara RM1.5 trilion

PERDANA Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu pening kepala memikirkan hutang negara apabila beliau mempunyai timbalan menteri kewangan yang bijak.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau mempunyai tujuh cadangan cara-cara mengurangkan hutang negara sebanyak RM1.5 trilion.

Beliau berkata, antara cadangannya ialah menambah pendapatan kerajaan, mengurangkan ketirisan seperti rasuah dan mengetatkan lagi penguatkuasaan seperti menghapuskan penyeludupan.

“Cadangan lain ialah mengurangkan ekonomi gelap, meningkatkan pendigitalan ekonomi dan mengelakkan segala bentuk pembaziran,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menyarankan langkah pemberian subsidi bersasar juga boleh digunakan bagi mengurangkan beban hutang negara.


Kelmarin, pemimpin Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim berkata, hutang negara termasuk liability telah mencecah RM1.5 trilion dan keadaan itu hendaklah ditangani segera.

Anwar berkata, kedudukan ekonomi negara masih belum kukuh dan ia turut berkait dengan perkembangan antarabangsa. – SUMBER BERITA LOKAL – SM

(Visited 53 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button