Politik

Ahmad Faizal, Aminuddin antara terawal mengundi

IPOH 19 Nov. – Pengerusi Perikanan Nasional (PN) negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama isteri antara yang awal membuang undi di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Ihtidaiyah, Tambun Height pagi tadi.

Ahmad Faizal dan Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi tiba di pusat mengundi itu pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira pukul 8.05 minit kemudian.

Beliau turut beramah mesra bersama para pengundi yang sama-sama menanti giliran untuk membuang undi.

Ketika ditemu di luar pusat mengundi, Ahmad Faizal yakin bahawa PN dapat diberi mandat khususnya membentuk kerajaan di Perak.

“Melihat kepada sokongan rakyat kita yakin PN boleh mencapai kejayaan pada pilihanraya kali ini,” ujarnya.


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah pula membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam, Chemor pada pukul 9.15 pagi tadi.

Beliau bersama isterinya, Datin Rosnizan Abdul Aziz tiba di pusat pembuangan undi berkenaan dan melemparkan senyuman kepada orang ramai khususnya penyokong BN.

Aminuddin yang berpakaian baju batik berwarna biru dilihat beratur dan menunggu gilian di saluran 4 Pusat Pembuangan Undi.

“Saya mengucapkan selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia, khususnya di Tambun.

“Buatlah pilihan bijak, tunaikan tanggungjawab anda kepada negara untuk memilih kerajaan yang dapat terus berbakti,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) ini, Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru termasuk Aminuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH).

Dua lagi calon lain ialah dari Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button