Politik

Tagline David Marshel ‘Bebaskan Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng’

BEKAS ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, David Marshel akan bertanding sebagai calon bebas di DUN Perai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos depan.

Namun Marshel menyatakan sokongannya kepada Chow Kon Yeow untuk kekal selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Marshel yang keluar DAP semalam berkata, sebab utama beliau bertindak demikian adalah untuk memastikan Chow kekal memegang jawatan tertinggi di negeri itu.

Beliau mendakwa, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mahu menjadi Ketua Menteri walaupun berulang kali menyatakan sokongannya kepada Chow.

“Saya akan bertanding sebagai calon bebas dan ‘tagline’ kempen saya ialah ‘Bebaskan Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng’,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan FMT. – SM

BACA UMNO ditalkin sebelum mati di Pulau Pinang

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button