fbpx
Nasional

Ahli politik Sweden tiada kereta rasmi, guna pengangkutan awam

AGAK menarik apabila membaca fakta bahawa Sweden tidak menawarkan kereta rasmi yang mewah kepada ahli politiknya. Mereka hidup seperti rakyat biasa.

Menteri-menteri di Sweden dan ahli parlimen tidak ada kereta rasmi atau pemandu peribadi. Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan bas dan kereta api awam yang sesak sama seperti orang lain.

The Guardian melaporkan, para menteri Sweden juga tidak memiliki imuniti parlimen dan dibicarakan di mahkamah sama seperti orang lain dibicarakan.

Satu lagi perkara menarik tentang ahli politik Sweden ialah mereka juga tidak memiliki setiausaha peribadi di pejabat. Malah pejabat mereka dilaporkan kecil sahaja itu hanya 16 meter persegi.

“Saya yang membiayai ahli politik ini, saya tidak nampak alasan kenapa perlu beri mereka kehidupan yang mewah,” kata Joakim Holm seorang rakyat Sweden.


Ahli politik yang menggunakan khidmat teksi dengan wang awam dan tidak menggunakan kereta api akan menjadi bahan berita. Speaker parlimen mempunyai kad untuk menggunakan pengangkutan awam.

Hanya perdana menteri yang mempunyai kelebihan untuk menggunakan kereta yang disedikan oleh pihak pasukan keselamatan.

Gaji ahli politik mereka juga tidak besar. Ia hanya dua kali lebih besar daripada gaji guru sekolah rendah.

Di peringkat pihak berkuasa tempatan ia jauh lebih rendah. Ahli majlis di Sweden tidak ada gaji atau pejabat. Mereka bekerja dari rumah.

Sweden adalah negara yang memberi layanan kepada ahli politik sama seperti rakyat biasa tanpa apa-apa keistimewaan. – The Guardian

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button