Nasional

Ahli politik kena bertanggungjawab, jangan jadikan perkara remeh sebagai isu politik – KPN

AHLI-ahli politik diingatkan supaya bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka dan tidak menjadikan perkara remeh sebagai bahan politik mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya turut terkesan dengan isu remeh yang dijadikan bahan untuk mempengaruhi sensitiviti masyarakat.

“Sebagai contoh, polis dituduh tidak sensitif seperti membawa senjata ke dalam tokong sedangkan di dalam masjid dan kuil pun sama.

“Memang anggota tersebut perlu membawa ‘rifle’ dan itu adalah sebahagian daripada tugasan mereka.

“Lagipun bukan dia acu kepada sesiapa pun dan dia gantung dengan selamat. Ahli politik yang sengaja bangkitkan perkara ini hingga mempengaruhi sentimen agama dan kaum,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Menurut Abdul Hamid, dia juga mengingatkan ahli politik supaya sentiasa elak daripada melakukan perkara yang menyalahi tindakan undang-undang.

Ini kerana, setiap kesalahan akan disiasat termasuk melibatkan individu atau tokoh politik untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Sesiapa sahaja yang didapati terlibat dengan unsur-unsur kesalahan kita akan buka kertas siasatan dan panggil untuk dirakam kenyataan.

“Saya juga memberitahu kepada semua yang saya tidak benarkan apa juga tindakan polis yang ada kaitan dengan politik,” katanya. -SM

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button