Hiburan

Buka kedai pakaian dalam di Bras Basah jadi perjuangan penting dalam La Luna

Filem La Luna yang akan ditayangkan tidak lama lagi adalah tentang perubahan masa dan kerelevanan masyarakat berubah agar tidak tersekat dalam dunia tersendiri.

Bagi pengarah filem La Luna, M. Raihan Halim, sekiranya masyarakat tidak mahu berubah, keadaan itu adalah sesuatu yang bahaya kerana perubahan dalam hidup tidak dapat dielakkan.

“Apabila saya menulis La Luna, saya merasakan bahawa ia adalah milik saya. Pada hari saya memberikan
skrip kepada pelakon, ia menjadi milik mereka.

“Dan kini filem itu dibuat dan ditayangkan, ia adalah milik penonton. Ia adalah satu perjalanan yang sangat mengujakan, menyedihkan, mencabar dan akhirnya menggembirakan dan saya harap semua orang menikmatinya sama seperti saya melakukannya,” ujar sang sutradara.

Dalam satu kenyataan, La Luna bukan hanya melibatkan kerjasama Malaysia dan Singapura dengan kos produksi RM3.5 juta malah membawa mesej yang cukup penting untuk dihadam para penonton.

La Luna melatarkan sebuah kampung rekaan bernama Bras Basah, yang merupakan kawasan paling tegas di negara ini.

Dengan kehadiran sebuah kedai pakaian dalam bernama ‘La Luna’ secara tiba-tiba telah menghidupkan kampung yang sunyi dan tidak bersemangat.

Walaupun penduduk kampung mula menerima kehadiran pemilik kedai dengan tangan terbuka, namun, ketua kampung nekad dengan tujuannya untuk mengusir pemilik kedai tersebut dengan apa cara sekalipun!

Sisi pemerkasaan wanita dipaparkan dengan menarik dan kemas dalam filem ini. Mesej ini yang perlu dihadam
dan diperhalusi dalam momen-momen yang dipaparkan secara santai di bawah garapan M. Raihan Halim.

Dibarisi oleh para pelakon berkualiti dan hebat tanah air, filem Komedi LA LUNA telah bersedia untuk menemui para penonton dengan tema yang biasa- cinta tetapi pembawaan dan mesej yang luar biasa!

Filem kerjasama Singapura dan Malaysia, arahan pengarah berbakat dari Singapura M. Raihan Halim, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 November 2023 dan di Singapura pada 16 November 2023.

M. Raihan Halim bersama dengan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam
Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Wafiy Ilhan telah bersedia
menghidangkan sebuah juadah yang pasti memikat hati khalayak dan pencinta filem khususnya!

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button