Luar NegaraPolitik

Sokongan luar biasa serba pelik, ahli politik dicium wanita berusia

Seorang lelaki yang merupakan ahli politik Indonesia menerima sokongan luar biasa serba pelik apabila menjadi kegilaan ramai termasuk golongan wanita lanjut usia.

Paling menimbulkan persoalan, apakah ilmu yang dimiliki ahli politik berkenaan kerana wanita lanjut usia bukan hanya menerkam, malah mencium lelaki tersebut.

Berdasarkan video berdurasi 37 saat, sumber memaklumkan ahli politik berkenaan sebelum itu menghadiri program kesihatan di daerah Purwakarta.

Namun tidak disangka-sangka, orang ramai termasuk wanita lanjut usia mencubit pipi ahli politik berkenaan kerana geram dan mengundang pelbagai persepsi.

Selain mengundang persepsi negatif, netizen Malaysia berseloroh agar ahli politik Indonesia berkenaan tidak berkunjung ke Malaysia menjelang PRU-15.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button