Politik

Ahli Pas perlu lebih ke hadapan tunjuk sikap kasih kepada bukan Islam

AHLI-AHLI Pas perlu lebih kehadapan untuk menunjukkan sikap kasih sayang terhadap mereka yang bukan Islam serta elakkan isu-isu yang boleh cetuskan ketegangan.

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), B. Balendran berkata, mereka perlu elakkan daripada mengkritik agama lain secara terbuka kerana ia boleh membawa kepada ketegangan kaum.
“Lajnah Dakwah dan Lajnah Perpaduan Nasional perlu kehadapan untuk memberi perhatian terhadap perkara sebegini.

“Saya menggesa supaya Pas di semua peringkat dapat memastikan agar DHPP bukan sahaja berada di peringkat negeri tetapi turut diwujudkan juga diperingkat kawasan,” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas di Kota Bharu hari ini.

Katanya, DHPP mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung Pas kerana telah membuat satu pendekatan baru apabila membawa kelulusan keahlian baharu DHPP ke dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

“Ia telah memberikan satu kesedaran dan rangsangan kepada PAS negeri untuk mendaftarkan ahli DHPP,” katanya.

Katanya, DHPP mengharapkan agar Pas mempertimbangkan calon DHPP pada PRU-15 selaras dengan ucapan dasar dalam pentadbiran negara walaupun menyedari bahawa Pas mungkin tidak bertanding banyak kerusi seperti PRU-14 kerana permuafakatan yang dibina.

Beliau berkata, DHPP menyedari bahawa peranan yang telah diberikan untuk menyantuni masyarakat bukan Islam bagi mewakili Pas tidak semudah yang disangkakan.

“Namun kami tetap berusaha untuk memahami Islam melalui kelas Pendidikan Islam seperti ILHAM, kuliah agama dan usrah yang dijalankan.

“Penjenamaan baharu DHPP sebagai pendokong menjadi bukti dan komitmen kami untuk terus menjadi satu sayap penting di dalam PAS.

“Pelantikan ketua DHPP Pusat iaitu YB Senator N.Balasubramaniam sebagai Ahli Dewan Negara adalah merupakan satu pengiktirafan yang sangat tinggi kepada DHPP. Beliau telah memberikan ucapan pertama di dalam Dewan Negara menegaskan bahawa DHPP akan memberi fokus terhadap perpaduan kaum, selari dengan ucapan dasar yang disampaikan pada hari ini.

“Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu diingatkan bahawa Agama Islam merupakan Agama rasmi persekutuan. Oleh itu, sikap hormat menghormati perlu ditanamkan sesama kita.

“Ahli Pas perlu lebih kehadapan untuk menunjukkan sikap kasih sayang terhadap mereka yang bukan Islam. Elakkan daripada mengkritik agama lain secara terbuka kerana ianya boleh membawa kepada ketegangan kaum. Lajnah Dakwah dan Lajnah Perpaduan Nasional perlu kehadapan untuk memberi perhatian terhadap perkara sebegini.

“Saya menggesa supaya Pas di semua peringkat dapat memastikan agar DHPP bukan sahaja berada di peringkat negeri tetapi turut diwujudkan juga diperingkat kawasan.

“DHPP mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung PAS kerana telah membuat satu pendekatan baru apabila membawa kelulusan keahlian baharu DHPP ke dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Ia telah memberikan satu kesedaran dan rangsangan kepada PAS negeri untuk mendaftarkan ahli DHPP.

“DHPP mengharapkan agar Pas mempertimbangkan calon DHPP pada PRU-15 selaras dengan ucapan dasar dalam pentadbiran negara walaupun menyedari bahawa Pas mungkin tidak bertanding banyak kerusi seperti PRU-14 kerana permuafakatan yang dibina.

“Konsep perpaduan ummah yang perlu difahami mestilah berpandukan kepada Allah dan Rasulullah. Maka saya menyeru agar tema ‘Islam Memperkukuhkan Perpaduan’ disokong oleh kita semua,” katanya. – SM

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button