Uncategorized

Selain Romantik, Dompet ‘Lunyai’ Buktikan Seseorang Lelaki Itu Adalah Setia!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sikap lelaki boleh dikenali menerusi setiap perkara yang dipamerkan.

Bukan sahaja dari gaya serta tutur kata malah aksesori lelaki juga memberikan petanda tertentu tentang keperibadiannya.

Misalnya, dompet. Lelaki setia dikatakan mempunyai tabiat sukar untuk menukar ganti dompet yang dimilikinya.

Selagi tidak koyak sehingga rabak atau duit yang dimasukkan akan tercicir, selagi itulah dompet tersebut akan diguna pakai sehingga hari ini.

Tabiat ini sering dikaitkan dengan sifat ‘sedia menerima apa-apa sahaja’ atau ‘kekal bersama sehingga penghujung hayat’.

Berbanding dengan segelitir lelaki yang gemar bertukar-tukar dompet sebelum sempat rosak, mereka dikatakan sedikit kurang prihatin.

Sejauh mana perkara ini adalah sesuatu yang benar? Tengok dompet masing-masing sekarang dan bertanyalah pada pasangan, “Abang setiakan?”.

(Visited 698 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button