Politik

Ahli Parlimen Temerloh diserang stroke

SUARAMERDEKA: Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Tahir dimasukkan ke wad selepas mengalami strok.

Anuar kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur namun berada dalam keadaan stabil.

Anuar juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh dan setiausaha agung Amanah.

Pegawai parti itu berkata, imbasan CT (Computed Tomography) menunjukkan Anuar mengalami pendarahan otak.

Bagaimanapun, doktor memutuskan beliau tidak akan menjalani sebarang pembedahan buat masa sekarang.

Bernama melaporkan Mohd Anuar dilaporkan pengsan pagi tadi.

Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Faizul Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Mohd Anuar berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan.

“Saya terima panggilan daripada Pembantu Peribadi (PA) beliau sekitar jam 4 petang tadi memaklumkan tentang Mohd Anuar. Beliau (PA) juga berkata Mohd Anuar agak sibuk dengan jadual yang agak padat. Berkemungkinan beliau (Mohd Anuar) penat,” katanya.

Tambah Mohd Faizul, doktor yang merawat Mohd Anuar menasihatkan agar beliau berehat dari melakukan sebarang aktiviti sehingga benar-benar sihat.

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button