Politik

Ahli Parlimen Sri Gading kena pecat dari Bersatu

Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah dipecat keahliannya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan mengesahkan pemecatan Dr. Sharuddin.

Tindakan itu diambil kerana Ahli Parlimen Sri Gading itu telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan.

“Oleh yang demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Sharuddin) terhenti secara serta merta menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu,” kata kenyataan itu.

Hamzah dalam kenyataan yang sama memberi amaran kepada mana-mana ahli yang menyokong atau bersama bekas pemimpin parti Barsatu yang telah terlucut keahlian terlibat dalam kempen untuk memburukkan nama baik parti.

“Dalam hal ini, Bersatu tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar dan menyalahi perlembagaan parti,” katanya.

Dr. Sharuddin telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya pada 4 Jun lalu kerana mahu bersama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lima pemimpin Bersatu yang lain, yang telah digugurkan dari keahlian parti.-SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button