KemalanganLuar Negara

Pesawat ringan langar hangar, lima maut

LIMA terbunuh manakala lima lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan jenis Cessna melanggar hangar lapangan terbang di Poland, semalam.

Ketua Komandan Perkhidmatan Bomba Poland, Andrzej Bartkowiak menerusi media sosial mengesahkan pesawat itu “melanggar hangar tempat orang berteduh,” di bandar Chrcynno.

Beliau berkata, pesawat itu mendarat ketika cuaca buruk yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.

Seorang juruterbang meninggal dunia, seorang lagi cedera manakala juruterbang ketiga selamat, lapor Agensi Akhbar Poland memetik Monika Nowakowska-Brynda dari Perkhidmatan Bomba Negeri.

Mangsa lain terdiri daripada mereka yang berlindung di hangar itu namun identiti mereka masih belum dikenal pasti. – SM

BACA Pesawat ringan mendarat cemas di sebuah kilang kaca

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button