Politik

Ahli Parlimen Sabah perlu kuarantin dua minggu

Hari pertama sidang parlimen hari ini diadakan dengan SOP yang sangat ketat.

Ahli parlimen dari Sabah perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel sebelum hadir di dewan parlimen.

Hanya ahli parlimen dan dua pegawai sahaja dibenarkan memasuki bangunan parlimen.

Sementara itu persidangan parlimen hanya akan bersidang separuh hari mengelakkan sebarang penularan wabak Covid-19.

Ini adalah kerana beberapa kakitangan ahli Dewan Negara telah disahkan positif Covid-19.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa kakitangan berkenaan merupakan saudara rapat dengan ahli Dewan Negara.

 

 

(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button