Hiburan

Sharnaaz mengharapkan kes boleh selesaikan pada 5 Mei ini

Pelakon Sharnaaz Ahmad hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi tadi pukul 9.14 pagi bersama peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bagi mengetahui status representesi pelakon tersebut.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan tarikh itu selepas peguam, Mohamed Baharuden Mohamed Ariff yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, memaklumkan pihaknya akan mengemukakan representasi itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC)

“Pihak pembelaan akan menghantar representasi itu kepada AGC. Oleh demikian, kami memohon satu tarikh untuk kami menghantar representasi tersebut dan menunggu keputusan (representasi) itu,” katanya semasa sebutan kes itu yang hadir bersama seorang lagi peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Pelakon drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button